Berita Domestik

MINI Countryman F60 terbaru dilancarkan

on

MINI Malaysia hari ini secara rasminya melancarkan MINI Countryman serba baharu, generasi kedua kenderaan aktiviti sukan (SAV) premium yang berjaya daripada jenama atomotif kompak premium paling sofistikated di dunia.

Ia hadir dalam dua varian terbaru, MINI Cooper Countryman dan MINI Cooper S.

BMW 01

“MINI nampaknya semakin berkembang dalam segmen premium di Malaysia. Tahun lalu sahaja, jenama itu menyumbang lebih 900 unit kenderaan kepada prestasi jualan kami. Ia juga merekodkan pertumbuhan lebih 19% berbanding tempoh sama tahun 2015. Pada suku pertama tahun 2017, MINI sudahpun menjadi jenama ketiga terbesar dalam segmen premium di Malaysia” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia.

Reka bentuk

  • MINI Countryman: tiga struktur utama pada bahagian sisi yang ikonik. Ia terdiri daripada bumbung, bahagian kaca dan badan.
  • Kontur pada permukaan MINI Countryman serba baharu menghasilkan biasan cahaya dan bayang yang menyerlahkan rekaan atletik dan oreintasi vertikal tubuhnya.
  • Saiz MINI Countryman serba baharu telah bertambah 20 sentimeter lebih panjang dan tiga sentimeter lebih lebar berbanding model terdahulu.
  • MINI Countryman serba baharu mempunyai panjang 4,299mm, lebar 1,822mm dan tinggi 1,557mm.
  • Perkadarannya yang tersendiri juga dibina di atas tapak roda 2,670mm.
  • Lebar treknya ialah 1,585mm di hadapan dan 1,587mm di belakang.
  • Auranya turut diserlahkan melalui jarak kelegaan tanah dan posisi tempat duduk yang lebih tinggi.
  • Didatangkan dengan bodykit MINI ALL4. Dapra (fender) hadapan dan belakang yang dibezakan melalui kemasan hitam Piano Black dan sump guard berwarna perak.
  • Karekter off-road ditambah dengan Roof Rails.
  • Aluminium kemasan satin yang digabungkan dengan sil sisi berwarna perak memberikan impak visual lebih baik kepada ketinggian kereta ini.
  • Dilengkapi lampu utama LED dengan lampu
  • Lampu membelok mengarahkan cahaya mengikut arah stereng.
  • Icon Lights yang baru diaktifkan dalam keadaan malap, walaupun ketika lampu utama dihidupkan.
  • Dari segi pilihan rim, MINI Countryman serba baharu dipasang dengan rim aloi ringan bersaiz 18 inci.
  • Manakala MINI Cooper S Countryman didatangkan dengan rim aloi ringan MINI Yours bersaiz 19 inci.

Kuasa enjin dengan teknologi MINI TwinPower Turbo

  • Enjin MINI Countryman serba baharu ditala untuk memberikan tahap kelincahan dan pecutan yang mantap, sinonim dengan jenama MINI.
  • Dikuasakan oleh enjin tiga dan empat slinder TwinPower generasi terkini BMW Group.
  • Dikuasakan oleh enjin tiga silinder sebaris bersesaran 1.5 liter yang dipadankan dengan transmisi Steptronic enam kelajuan automatik.
  • Rangkaian kuasa ini membolehkannya menjana kuasa 136hp dan tork maksimum 220Nm.
  • Jentera ini mampu memecut dari 0 ke 100km/j dalam masa 9.6 saat dengan kelajuan maksimum 200km/j
  • Penjimatan bahan api sekitar 6.0 liter bagi setiap 100km.
  • MINI Cooper S Countryman pula menggunakan enjin empat silinder bersesaran 2.0 liter
  • Berupaya menghasilkan kuasa mencecah 192hp dan tork maksimum 280Nm.
  • Boleh memecut dari 0 ke 100km/j dalam masa 7.4 saat dengan kelajuan maksimum 224km/j dengan penjimatan bahan api sekitar 6.5 liter bagi setiap 100km.
  • MINI Cooper S Countryman dilengkapi transmisi automatik lapan kelajuan yang menawarkan penukaran gear dengan lancar.
  • Fungsi Steptronic pula membolehkan pemandu memilih di antara kemudahan kotak gear automatik atau keseronokan menukar gear secara manual.

Mode Pemanduan MINI dan ciri keselamatan yang tinggi.

  • Mode Pemanduan MINI diaktifkan menerusi satu suis rotari pada bahagian bawah tuil gear.
  • Talaan pemanduan MINI Countryman boleh dipilih berdasarkan kepada tiga mode: MID, SPORT dan GREEN.
  • MINI Countryman dipasang dengan suspensi berkualiti tinggi. Ia menggabungkan topang gandar sambungan tunggal yang telah diuji pada roda hadapan serta gandar jenis multi-link dengan reka bentuk yang dioptimumkan untuk berat dan ketegaran di belakang.
  • Selain suspensi dan stereng elektromekanikal dengan fungsi Servotronic, turut dipasang ialah brek penuh kuasa serta Dynamic Stability Control (DSC).
  • Penggunaan kerangka besi multi-fasa yang sangat tegar.
  • MINI Countryman serba baharu juga menggunakan cagak enjin yang boleh tertanggal, seterusnya mengurangkan impak ke atas pemandu dan penumpang jika berlaku pelanggaran.
  • Sebagai tambahan, Hill Hold Control memastikan MINI tidak bergerak apabila diparkir di kawasan berbukit atau ketika memandu dalam trafik sesak.
  • Beg udara yang dipasang pada bahagian hadapan, sisi dan siling memberikan ketenangan jiwa kepada pemandu dan penumpang MINI Countryman serba baharu.

 

Interior dalaman

  • Peningkatan ruang pada jentera lima tempat duduk ini.
  • Ruang storan dan kargo juga ditingkatkan untuk memberi lebih versatiliti.
  • Gabungan material dan kemasan paling mewah yang pernah digunakan pada MINI, membuatkan MINI Countryman serba baharu lebih premium dan praktikal.
  • Ruang kabin MINI Countryman serba baharu termasuklah upholsteri hitam Firework Carbon dengan permukaan dalaman berwarna kelabu (Hazy Grey) dan stereng sport dibalut kulit.
  • MINI Cooper S Countryman pula menggunakan kemasan dalaman dikenali sebagai MINI Yours Piano Black Illuminated yang membolehkan kokpit dinyalakan dengan apa jua pilihan warna yang disukai.
  • Upholsteri Kulit Cross Punch berwarna hitam Carbon Black dan stereng kulit John Cooper Works bersama paddle shifter.
  • BMW 09
  • Butang kawalan yang diletak secara ergonomik turut menyumbang kepada ambien dalaman yang eksklusif.
  • Corong udara MINI Countryman serba baharu selari dengan orientasi vertikal eleman reka bentuk luarannya.
  • Ruang penyimpanan barang yang ekstensif termasuklah poket pada pintu hadapan dan belakang yang boleh menempatkan botol minuman satu liter.
  • Konsol tengah yang turut merangkumi panel instrumen kini mempunyai satu kompartmen bersepadu dengan dua pemegang cawan minuman di hadapan tuil gear.
  • Kedua-dua varian MINI Countryman serba baharu juga dilengkapi sistem pendingin hawa automatik dua zon dan cermin pandang belakang anti-silau automatik.
  • MINI Cooper S Countryman menawarkan fungsi talaan tempat duduk elektrik eksklusif yang membolehkan pemandu merekod posisi duduk yang digemarinya.

Fungsi

  • Pintu belakang automatik (Automatic Tailgate) dengan fungsi yang mudah dibuka. (alat pengesan yang diaktifkan dengan pergerakan kaki untuk membuka dan menutup pintu belakang tanpa perlu menekan mana-mana butang.)
  • Fungsi Automatic Tailgate berfungsi selari dengan ciri Comfort Access yang membolehkan urusan membuka dan mengunci pintu dibuat melalui sentuhan pada pintu.
  • Tempat duduk Picnic Bench yang boleh dilipat keluar daripada ruang but. Ia membolehkan anda duduk dengan selesa di hujung ruang kargo kenderaan.
  • Ciri MINI Connected yang menawarkan rangkaian integrasi telefon pintar yang ekstensif pada skrin sentuh beresolusi tinggi bersaiz 6.5”.
  • Kedua-dua varian MINI Countryman serba baharu juga didatangkan dengan kamera undur sebagai satu ciri standard.
  • MINI Countryman; Apabila semua tempat duduk digunakan, ruang kargo ialah 450 liter. Dengan tempat duduk belakang dilipat pada konfigurasi 40:20:40, ruang kargo boleh ditingkatkan sehingga 1,390 liter.

MINI Countryman turut diperkenalkan dalam dua warna baru iaitu coklat (Chestnut) dan biru (Island Blue).

Warna lain yang ditawarkan ialah hijau (British Racing Green), merah (Chili Red), putih (Light White), perak (Melting Silver), hitam (Midnight Black) dan kelabu (Moonwalk Grey). Warna kelabu (Thunder Grey) pula eksklusif untuk MINI Cooper S Countryman.

Anda boleh memandu uji MINI Cooper Countryman dan MINI Cooper S Countryman pada hujung minggu ini, 15 dan 16 April di International Gallery di Alya Kuala Lumpur, Jalan Bukit Kiara – bersebelahan dengan TPC Kuala Lumpur (dulu dikenali sebagai KLGCC). Model-model baharu MINI juga boleh didapati di semua pengedar sah MINI di seluruh negara pada hujung minggu yang sama.

Sila layari laman web http://www.MINI.my untuk maklumat lanjut mengenai MINI Countryman serba baharu.

Gambar dari:mini.my

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *