Berita Domestik

Harga petrol dan diesel naik mulai esok

on

Berdasarkan pengumuman rasmi terkini oleh KPNKK sebentar tadi,  harga minyak petrol bagi RON95 naik lapan sen, dan RON97 naik sembilan sen. Ini menjadikan harga runcit bagi RON95 adalah RM2.24 seliter, manakala RON97 RM2.52 seliter.

Harga diesel turut naik lapan sen, daripada RM2.08 kepada RM2.16 seliter.

Kesemua harga ini akan berkuat kuasa bermula jam 12.01, awal pagi hari Khamis (12 April 2017) hingga tarikh 19 April 2017, jam 11.59 malam.

Harga terkini bahan bakar mulai 13 April hingga 19 April 2017:

RON95- RM2.24 (+8 sen)

RON97- RM2.52 (+9 sen)

DIESEL- RM2.16 (+8 sen)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *