Modifikasi

Lazareth ‘wazuma V8F matte edition’, ganas dan berkuasa

on

Pernahkah anda lihat Lazareth Wazuma V8F edisi legap (matte) dengan enjin V8 Ferrari 3.0L yang dipadankan dengan kotak gear berjujukan BMW ‘M3’ hasil rekaan Dominic Lazareth yang hebat ini?  Beliau memang dikenali di Eropah dengan kepakaran untuk mereka cipta kenderaan yang keterlaluan dan ganas!

lazareth-wazuma-V8F-matte-edition-designboom-header

 

Kini, Lazareth Wazuma V8F edisi matte telah diberikan pengubahsuaian oleh Dominic dengan penggunaan dua peningkat suntikan bahanapi Yamaha R1 untuk melepasi tahap putaran rpm yang asal.

Lazareth Wazuma V8F ini mampu menjana kuasa sehingga 250hp dengan berat 500 kg. Ini sangat menggerunkan, dengan roda berkembar terletak rapat di bahagian belakang, dan dua roda lebar yang berasingan di hadapan.

Kawalan kotak gear BMW ‘M3’ turut diperbaharui, membolehkan penunggang untuk membuat perubahan gear dengan tangan menggunakan dua butang pada hendal. Dalam usaha untuk memberikan kuasa sebenar, angkup brek brembo digabungkan bersama empat brek cakera saiz 324 mm.

Empat penyerap hentak perlumbaan PFP (direka oleh Ohlins) digunakan  untuk menyerap tunggangan yang berombak . Rim pula adalah edisi “matte” momo yang dibesarkan pada bahagian belakang untuk menampung tayar  bersaiz ‘315/30 ZR18’  yang lebar, dan bahagian hadapan dengan tayar saiz ‘285/30 ZR18.

lazareth 4

Persoalannya, adakah kita cukup berani untuk tunggang jentera ala-ala kenderaan superhero ini?

lazareth 1

Sumber dan gambar dari:www.designboom.com

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *