Modifikasi

X-Trail paling ganas

on

Nissan X-Trail adalah salah satu SUV paling popular di Malaysia, dan kebanyakan pemiliknya adalah mereka yang sudah berkeluarga.

Cantik dan praktikal serta mempunyai kebolehan tempat duduk 5+2, pengembaraan paling mencabar yang mungkin dilakukan oleh pemiliknya di sini ialah meredah banjir kilat di Puchong.

Atau mungkin balik ke Pontian melawat dusun keluarga.

Atau mungkin, cabaran mencari parkir di tempat letak kereta Aeon Jusco Balakong.

Maaf, Cheras Selatan.

rogue careta 10

Namun begitu, semasa Pameran Kenderaan Antarabangsa New York, Nissan meletakan sebuah X-Trail yang boleh dikatakan paling ganas pernah dilihat oleh semua penduduk bumi.

X-Trail dipanggil Rogue untuk pasaran Amerika Syarikat, dan nama konsep ini ialah Nissan Rogue Trail Warrior.

rogue careta 8

Ia sebenarnya sebuah konsep yang dibina oleh Nissan Timur Tengah, khusus untuk dijadikan SUV terbaik dunia di sana,dan kerana itu ia datang dengan “caterpillar track” atau trek ala kereta kebal menggantikan tayar.

rogue careta 7

Dengan warna “desert digital camo” yang mungkin bakal ditiru oleh pengarang urusan Careta Hezeri Samsuri untuk lori pikap Ranger beliau, X-Trail ini turut diberikan lampu hadapan yang diberikan lapisan tint kuning, barisan lampu LED dan sebuah winch jenama Warn 4K di hadapan.

rogue careta 6

Roof rack jenis ARB di atas juga nampak lebih serius dan boleh dipasang dengan pelbagai aksesori ARB lain seperti lampu-lampu LED di sisi.

rogue careta 3

Enjin asal 2.5L dan transmisi CVT automatik XTronic tidak ditukar dan tiada gambar untuk bahagian dalam.

rogue careta 5

Caterpillar track itu sebenarnya memang ada dijual di pasaran. Dominator Tracks dari syarikat American Track Truck Inc itu bersaiz 48 inci panjang, 30 inci tinggi dan 15 inci lebar.

Pendapat Careta, buang track ala pembajak Kubota, berikan sistem gantungan baharu untuk memuatkan roda dan tayar 33 inci dan anda mampu menakutkan pemandu trak pikap di Malaysia yang merasakan diri mereka ialah gangster Red Neck dari Amerika Syarikat.

rogue careta 2 Rogue Careta 11 rogue careta 1 rogue careta 4

 

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *