Berita Domestik

BMW tawar Program Full Circle untuk BMW X1 sDrive20i dan BMW 530i M Sport

on

BMW Group Malaysia telah mempekenalkan Program Full Circle oleh Credit Malaysia. Program ini merupakan satu bentuk pembiayaan baharu dan eksklusif untuk pelanggan Program Korporat BMW sedia ada.

Ia dapat memastikan nilai kenderaan pada masa depan serta ketenangan minda apabila pelanggan korporat sedia ada membeli BMW X1 sDrive20i dan BMW 530i M Sport yang baharu.

The All-New BMW 5 Series

Program ini menawarkan:

  • pembiayaan yang boleh diubah suai iaitu berdasarkan kepada bajet serta pengalaman pelanggan.
  • pelan-pelan fleksibel yang menawarkan bayaran bulan yang berpatutan dan tempoh pinjaman lebih pendek.
  • menjamin nilai kenderaan BMW pada masa depan, apabila ia dibeli melalui program ini.

Selepas memilih kenderaan BMW yang diinginkan, pemilik baharu BMW boleh menentukan margin pembiayaan bermula 70 hingga 90 peratus daripada harga jualan kenderaan. Selepas itu, pelanggan perlu menyatakan terma perbatuan tahunan – di antara 20,000km setahun atau 25,000km setahun – berdasarkan kepada gaya hidup dan kegunaan masing-masing.

Capture 1

Pada penghujung tempoh pembiayaan, pengguna akan diberi beberapa pilihan penyelesaian pembayaran:

  • memulangkan kereta tanpa perlu tertakluk kepada terma dan syarat yang ditandatangani dalam Option Agreement.
  • menukar atau menjual kenderaan kepada mana-mana Pengedar Sah BMW dan pilih sebuah kereta BMW baharu.
  • membuat pembayaran penuh dan simpan BMW tersebut.
  • atau melanjutkan terma kontrak untuk menikmati kereta BMW mereka dalam tempoh lebih lama.

Program Full Circle BMW daripada BMW Credit bermula dari RM2,258 sebulan untuk BMW X1 sDrive20i dan dari RM3,588 sebulan untuk BMW 530i M Sport.

capture 2

Maklumat lanjut mengenai Program BMW Full Circle boleh didapati daripada Pengurus Perhubungan BMW Credit di mana-mana Pengedar Sah BMW, hubungi talian 1800-88-3000 atau layari laman web http://www.bmw.com.my/fs.

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *