Berita Domestik

Bernabe teraju baharu Continental Alor Setar

on

Continental mengumumkan pelantikan Carlos Bernabe sebagai Pengurus Kilang kemudahan pembuatan tayar penumpang & trak ringan dan tayar kenderaan dua roda di Alor Setar, Malaysia. Beliau menyertai pasukan Continental Malaysia di Alor Setar pada 1 Januari, 2017 bagi menggantikan Juergen Jacobs Dowling, yang mengetuai kilang tersebut untuk tiga tahun yang lalu dan sedang memanjangkan kerjayanya dalam Continental di Afrika Selatan.

“Objektif utama saya adalah untuk memandu bersama-sama dengan pasukan Alor Setar perniagaan di sini ke arah prestasi tertinggi dan memberikan produk terbaik kepada pelanggan kami di Malaysia dan rantau Asia Pasifik”, kata Carlos yang telah berkhidma dengan Continental selama 37 tahun. Beliau sebelum ini merupakan Pengurus Pengeluaran di Continental Timisoara, Romania. Beliau pernah di Continental di Shanghai, China selama¬† empat tahun mengetuai operasi pengeluaran dan kualiti bagi rantau APAC dan juga di negara-negara lain seperti Portugal, Perancis dan Brazil. Bernabe memiliki diploma dalam Kejuruteraan Mekanikal dan Pengurusan Kualiti dari negara asalnya Perancis.

Kilang tayar di Alor Setar memulakan operasinya pada 20 Disember, 1979. Continental memperoleh saham penuh syarikat dari Sime Tyre pada tahun 2012. Sejak itu perbadanan itu melabur kira-kira EUR 15 juta di kilang tayar di Alor Setar, terutamanya dalam meningkatkan peralatan pengeluaran dan proses dan menggaji sekitar 1,100 pekerja. Kilang ini menghasilkan tayar kereta penumpang dan trak ringan serta tayar dua roda terutamanya untuk Malaysia dan bagi seluruh pasaran APAC kecuali China dan India.

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *