Berita Domestik

Anugerah pengedar cemerlang BMW

on

BMW Group Malaysia telah menganjurkan acara Malam Anugerah Pengedar BMW bagi menghargai para pengedar dan individu yang cemerlang daripada 39 rangkaian pengedarnya.

BMW 04

“Melalui sokongan padu serta kesungguhan berterusan para pelanggan dan pengedar, kami dapat berkongsi visi dan komitmen kami di Malaysia. Semua pemenang anugerah sememangnya layak menerima pengiktirafan pada hari ini. Kami tidak sabar untuk menyaksikan pertumbuhan lebih kukuh pada tahun 2017” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun.

Anugerah BMW Vision Club

Anugerah BMW Vision Club mengiktiraf pencapaian individu di mana 17 orang di peringkat ketua jualan dan penasihat jualan diberi pengiktirafan.

Dalam kategori penasihat jualan, penerima anugerah kategori emas ialah Paul Liew King Choong dari Tian Siang Premium Auto dan Richard Sim dari Regas Premium Auto.

Untuk kategori platinum, ia dimenangi oleh Danny Saw dari Tian Siang Premium Auto, Wong Kim Kooi dan Lilly Teoh dari Auto Bavaria Penang serta Chloe Chin May Queen dari Ingress Auto Puchong.

Penerima kategori diamond pula ialah Mandy Tang dan Chua Kok Sing dari Auto Bavaria Glenmarie, Lim Kar Ean dari Auto Bavaria Johor Bahru, Siti Rasyidah dari Auto Bavaria Kuala Lumpur serta Samantha Sam Suet Fond dari Ingress Auto.

Ketua jualan yang menerima pengiktifaran dalam kategori emas ialah Kellie Goh. Sementara Joe Lee Se Juan dari Auto Bavaria Glenmarie dan Caleb Lau Lian Yoong dari Auto Bavaria Kuala Lumpur menerima anugerah bagi kategori diamond.

Anugerah BMW Vision Club tahun ini memperkenalkan dua kategori baharu iaitu Top 7 Series dan BMW Premium Selection.

Penasihat jualan yang memenangi anugerah Top 7 Series ialah Danny Saw dari Tian Siang Premium Auto. Alfred Lum Ying Wai dan Garry Lam dari Ingress Auto dan Quill Automobiles pula merupakan pemenang anugerah bagi Kategori BMW Premium Selection yang baharu.

BMW 06

Anugerah BMW Excellence Club

Dalam kategori perak Anugerah BMW Excellence Club Award, Bryan Wong dari Millennium Welt Batu Pahat menjadi penerimanya.

Dalam kategori emas, Bryan Wong dari Millennium Welt Seremban memenangi tempat pertama. Manakala Lee Sze Shien dari Lee Motors Auto Care dan Simon Wang dari Regas Premium Auto masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga.

Pengedar utama yang menerima anugerah dalam kategori platinum ialah Tan Ka Kim dari Tian Siang Premium Auto, Jayden Liew dari Wheelcorp Premium dan Paul Chan dari Auto Bavaria Penang.

Sementara anugerah kategori permata pula disampaikan kepada Low Yuan Lung dari Auto Bavaria Glenmarie, Choong Chin Seong dari Auto Bavaria Kuala Lumpur dan Tuese Zuhair dari Auto Bavaria Sungai Besi.

BMW 04

Anugerah Pengedar Selepas Jualan BMW

Malam Anugerah Pengedar BMW Group Malaysia 2015 juga mengiktiraf prestasi luar biasa aspek selepas jualan dengan menyampaikan anugerah kepada individu di peringkat ketua selepas jualan, penasihat servis, penasihat teknikal dan pakar diagnosis, serta banyak lagi.

Anugerah bagi ketua selepas jualan diwakili oleh Hoo Tian Kwong dari Auto Bavaria Kuala Lumpur, Leonard Yeoh dari Tian Siang Ipoh dan E. Elavarasan dari Wearnes Tebrau.

Bagi kategori pegawai khidmat pelanggan, penerima anugerah tersebut ialah Danial Joshua Pinto dari Auto Bavaria Sungai Besi, Tan Weng Ket dan Farique Sher dari Auto Bavaria Glenmarie.

Manakala dalam kategori mekanik, Saf Fairuz The dan Chai Meng Wah dari Auto Bavaria Glenmarie, serta Choo Yee Khai dari Auto Bavaria Penang menjadi penerima anugerahnya.

Anugerah Pengedar BMW turut merangkumi kategori terbuka yang diberikan kepada Patrick Teo Nga Kuang dari Millennium Welt Batu Pahat, Karen Loo Poh Tin dari Auto Bavaria Penang, Koh Huey Wen dan Boo Yi Peng dari Auto Bavaria Glenmarie, serta Pamela Ang Jee-Ann dari Tian Siang Ipoh.

Anugerah Pengedar BMW Credit

BMW 03

Penerima anugerah kategori emas ialah Patrick Teo dari Millennium Welt Batu Pahat, Simon Wang dari Regas Premium, Mohd Azeman Mohamed Akram dari Ingress Puchong, Philip Chew dari FM Autohaus dan Alisa Khoo dari Wearnes Tebrau.

Untuk Kategori diamond, Low Yang Lung dari Auto Bavaria Glenmarie dan Choong Chin Seong dari Auto Bavaria Kuala Lumpur menjadi pemenangnya.

Skor CSI Keseluruhan Terbaik 2016

Anugerah CSI keseluruhan terbaik diberikan melalui kategori emas, platinum dan diamond kepada Tian Siang Premium Auto Ipoh, Auto Bavaria Penang dan Auto Bavaria Sungai Besi.

Anugerah MINI Issigonis Club dan Anugerah Pertandingan Serantau MINI.

Anugerah MINI Issigonis Club meraikan kejayaan jenama MINI di mana anugerah untuk kategori Pengedar Terbaik MINI diterima oleh Azwan Yahaya dari Ingress Bangsar, Jayden Liew dari Wheelcorp Premium dan Bryan Wong dari Millennium Welt Seremban.

Penerima anugerah kategori pengurus jualan terbaik MINI ialah Puteri Marianna Koay dari Ingress Bangsar, Jonathan Loke dari Wheelcorp Premium, Alex Koh dari Wearnes Tebrau dan Nicholas Lee dari Millennium Welt Seremban.

Penasihat jualan turut diraikan dalam kategori Penasihat Jualan MINI terbaik. Mereka ialah Jack Ng dari Ingress Bangsar, Belinda Ong dari Auto Bavaria Glenmarie, Dexter Ang dari Wheelcorp Premium dan Muhammad Zulhafizi Norzan dari Auto Bavaria Kuala Lumpur.

Dalam Kategori Serantau bagi Anugerah Pertandingan Serantau MINI, penerimanya ialah Pengarah Urusan Auto Bavaria Kuala Lumpur, Jeffrey Gan.

 

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *