Berita Domestik

Memperkenalkan BMW 5 Series G30 baharu

on

BMW Group Malaysia hari ini secara rasminya telah memperkenalkan BMW 5 Series G30 generasi ketujuh serba baharu.

“Sejak diperkenalkan pada tahun 1972, sedan BMW 5 Series telah mencipta satu legasi dalam segmen automotif premium. Ia menawarkan prestasi tiada tandingan, elegan, serta menggabungkan kejuruteraan termaju dengan inovasi yang sofistikated” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun.

BMW 5 Series ini telah memenangi anugerah iF Gold Award 2017 dimana ianya adalah satu pengiktirafan tertinggi untuk reka bentuk pada acara iF Design Awards 2017.

BMW 530i M Sport ini  ditawarkan  pada harga  RM 398,800.00 (harga di atas jalan, tidak termasuk insuran, bersama jaminan perbatuan tanpa had selama lima tahun, program servis berjadual percuma dan program jaminan tayar BMW 5 Series.

Reka bentuk yang sporty, kemas dan berprestij.

  • BMW 530i M didatangkan dengan gril kidney
  • Lampu utama yang sporty digabungkan bersama
  • Lampu utama BMW Adaptive LED sepenuhnya dan lampu nyalaan siang LED
  • Rekaan garis bumbung yang rendah di bahagian belakang
  • Bahagian belakang yang lebar dengan lipatan di bawah cermin tingkap menjalar ke arah Hofmeister.
  • Aplikasi konsep rekaan BMW Efficient Lightweight digunakan dan jentera ini berjaya mengurangkan berat sehingga 100kg berbanding model sebelumnya.
  • Chasis rekaan baru, titik graviti rendah, pembahagian berat seimbang yang menjadi DNA BMW dan badan yang ringan jelas dapat menawarkan ketegaran torsi.
  • Unit kawalan corong udara di dalam gril, inlet udara, Air Curtains pada apron hadapan dan ciri Air Breathers pada wings hadapan.
  • Ia dilengkapi rim aloi ringan bersaiz 19 inci dengan rekaan dua jejari bersama gabungan tayar,
  • brek M Sport dan angkup yang dicat berwarna biru dengan huruf ‘M’.
  • komponen-komponen M Aerodynamics yang didatangkan dengan warna badan, penutup sil sisi, apron hadapan.

Interior

  • Dipasang dengan tempat duduk sports untuk pemandu dan penumpang hadapan.
  • Kemasan sil pintu M berlampu, pedal M yang baru dan stereng M dibalut kulit.
  • Ruang but kargo- 530 liter.
  • Tempat duduk material upholsteri berwarna hitam (Leather Dakota Black) yang dikontras bersama jahitan biru atau Kulit Dakota Cognac bersama jahitan berwarna kontras (hanya untuk warna putih, kelabu dan hitam).

BMW 5 Series ini memiliki dimensi, 4,936 mm (+29mm) panjang, 1,868 mm (+8mm) lebar dan 1,479 mm (+2mm) tinggi. Rangkain kuasa: pemanduan dinamik dan efisien.

Dijana enjin petrol 4 silinder sebaris generasi terkini bersesaran 2.0 liter dipadankan dengan kotak gear lapan kelajuan Steptronic Sport.  Rangkaian kuasa tersebut mampu menawarkan BMW 530i M Sport dengan kuasa maksimum 252hp, tork sehingga 350Nm dan pecutan dari 0 – 100km/j dalam masa cuma 6.2 saat bersama kelajuan maksimum 250km/j.

Purata penggunaan bahan api BMW 530i M Sport Serba Baharu ialah 5.8 liter bagi setiap 100km dengan emisi C02 sekitar 132 gram bagi setiap satu kilometer.

Sistem Driving Experience Control kini menawarkan mode keempat, ADAPTIVE – tambahan kepada mode pemanduan COMFORT, SPORT dan ECO PRO. Mode ADAPTIVE berfungsi bersama Dynamic Damper Control dan Navigation System Professional di mana stereng, DDC serta sistem Steptronic akan mengadaptasi gaya pemanduan semasa serta laluan secara automatik.

Dilengkapi sistem iDrive generasi terkini, ia memaparkan ciri navigasi, hiburan dan fungsi kenderaan menerusi skrin sentuh beresolusi tinggi bersaiz 10.25 inci.

Pengalaman pengguna ditingkatkan lagi menerusi BMW Gesture Control. Ia bertindak sebagai satu ciri keselamatan kerana ia membolehkan pemandu fokus ke atas jalan raya tanpa sebarang bentuk gangguan.

Satu lagi sistem bantuan pemandu yang baharu pada BMW 5 Series ialah Speed Limit Info dengan Intelligent Speed Limit Assist. Sistem itu berperanan mengesan had kelajuan dan menghantar maklumat ke dalam fungsi Active Cruise Control dengan Stop&Go.

Fungsi keselamatan dan keselesaan yang menawarkan sokongan pintar kepada pemandu untuk pemanduan harian turut ditambah. Selain Lane Departure Warning dan Lane Change Warning, BMW 5 Series juga dilengkapi fungsi Approach Control Warning & Person Warning dengan City Brake.

Sistem Crossing-Traffic Warning Rear memberi bantuan kepada pemandu apabila hendak mengundur keluar dari ruang parkir.

BMW 5 Series serba baharu didatangkan dalam warna hitam (Black Sapphire), kelabu (Sophisto Grey Brilliant Effect), putih (Alpine White) dan biru (Mediterranean Blue).

BMW 530i M Sport baharu boleh didapati di semua pengedar BMW di seluruh negara mulai hujung minggu ini dan juga akan dipamerkan di pintu masuk utama Pavilion Kuala Lumpur dari 31 Mac 2017 hingga 2 April 2017 dimana pengunjung boleh mengambil bahagian dalam aktiviti interaktif dan berpeluang untuk memenangi pengalaman eksklusif bersama BMW.

 

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *