Berita Domestik

Pusat 3S Mitsubishi kini di Bayan Lepas

on

Mitsubishi Motors Malaysia bersama EON Auto Mart Sdn Bhd (EON Auto Mart) dan Ahli Kumpulan DRB-HICOM Berhad, telah merasmikan pembukaan Pusat 3S Mitsubishi baharu di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Pembukaan Pusat 3S baharu ini merupakan penempatan semula Pusat 3S Mitsubishi yang dahulunya beroperasi di Bukit Mertajam.

Mempunyai keluasan kira-kira 1,199 meter persegi, pusat 3S ini mempunyai enam ruang penyelenggaraan, satu ruang pembersihan dan juga ruang resepsi.

(1-1)Mitsubishi Opening

Ia mampu mempamerkan lima kenderaan dalam satu masa dan dilengkapi sepenuhnya dengan peralatan diagnostik dan Set Peralatan Khas (SST) yang diluluskan oleh Mitsubishi Motors Malaysia.

Pusat 3S ini dikendalikan oleh 20 tenaga kerja selepas jualan, servis, juruteknik dan perunding yang terlatih dan berpengalaman.

Pembukaan rasmi Pusat 3S ini telah dilancarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia, Tomoyuki Shinnishi, dan Ketua Pengedaran Automotif, DRB-HICOM Berhad, Rohimie Shafie.

(3-3)Mitsubishi Opening (2)

“Penempatan semula ini memberi potensi yang besar untuk pertumbuhan masa depan jenama Mitsubishi. Ianya merupakan bukti bahawa kami berusaha keras  untuk menambah baik rangkaian jualan dan selepas jualan” kata Tomoyuki.

Antara kemudahan lain yang disediakan adalah pengangkutan ulang-alik untuk para pelanggan  Mitsubishi yang berada dalam lingkungan radius 5km daripada pusat ini.

Waktu operasi:

Bilik pameran dan jualan

Isnin hingga Jumaat: 8.30pagi hingga 5.45 petang

Sabtu, Ahad dan cuti umum: 10pagi hingga 5 petang

Pusat Selepas Jualan

Isnin – Sabtu: 8.30 pagi hingga 5.30 petang

Tutup pada hari Ahad dan cuti umum.

Alamat: 198, Jalan Sultan Azlan Shah,Sungai Tiram,11900 Bayan Lepas,Pulau Pinang.

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *