Berita Domestik

Tan Chong capai pengeluaran satu juta kenderaan

on

Tan Chong Group merupakan antara syarikat pemasang kenderaan tertua di Malaysia yang telah memulakan operasi pada tahun 1957 melalui subsidiarinya, Tan Chong Motor Assemblies Sdn Bhd. TCMA telah mencatat satu pencapaian membanggakan apabila berjaya mencapai pengeluaran sejuta kenderaan pada bulan lepas.

Pengeluaran awal kenderaan Nissan bermula dengan jenama Datsun sehinggalah tahun 1986 bilamana kenderaan Nissan di luar Jepun turut menggunakan nama Nissan sebagai jenama mereka. Namun begitu nama Datsun ini telah diperkenalkan semula dalam tahun 2013 bagi kenderaan mampu milik di beberapa kawasan pasaran baharu mereka.

“Mencapai angka pengeluaran sejuta kenderaan jelas membuktikan prestasi, kredibiliti dan kebolehpercayaan Nissan dan Tan Chong Group. Ia memberi motivasi dan inspirasi kepada kami untuk meneruskan pertumbuhan dan memberi perkhidmatan lebih baik kepada para pelanggan,” kata Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan.

Bagi meraikan pencapaian tersebut dan menyambut ulang tahun ke-60nya, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) selaku pengedar kenderaan Nissan kini menawarkan model Nissan Almera 1.5L Automatic dengan bayaran bulanan serendah RM600 (tertakluk kepada terma dan syarat). Di samping itu juga mereka turut mengadakan Kempen Liga Juara-Juara UEFA Nissan yang membolehkan pelanggan memenangi tiket untuk menyaksikan Liga Juara-Juara UEFA di Eropah kelak.

Orang ramai juga dijemput untuk mengunjungi Karnival Pandu Uji Nissan di bilik pameran terpilih dan siri jelajah Nissan untuk memandu uji model-model Nissan seperti Nissan X-Trail yang dilengkapi Around View Monitor bagi menawarkan pemandangan 360 darjah.

Berikut ialah jadual jelajah dan pandu uji kenderaan Nissan.
Tarikh dan Lokasi Pandu Uji Nissan Tarikh dan siri Jelajah Nissan

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *