Datuk Madani Sahari

Revolusi negara perindustrian bergantung pada masyarakat bermaklumat tepat

on

Negara kita Malaysia kini berada di peringkat terakhir untuk mencapai status negara perindustrian menjelang akhir dekad ini.

Sebagai bekas tanah jajahan dengan pertanian dan bahan mentah sebagai sumber pendapatan tunggal, Malaysia kini telah mengorak langkah dalam pelbagai industri yang lain.

Contohnya dalam tiga hingga empat dekad yang lalu, kita telah menceburi pelbagai sektor yang bernilai tinggi seperti industri otomotif.

Industri automotif negara telah dikembangkan sepenuhnya oleh pembuat kenderaan tempatan yang mampu mereka-bentuk dan membina kenderaan daripada peringkat bawah sehingga mewujudkan satu ekosistem vendor yang besar, lengkap dengan pusat-pusat jualan dan perkhidmatan selepas jualan untuk memenuhi ‘tekno-ekonomi’ yang semakin berkembang.

Perodua Proton

Hari ini, Malaysia bersedia untuk ke fasa yang seterusnya iaitu ke arah yang lebih maju. Asas industri kita telah bersedia untuk ke tahap yang lebih tinggi melalui infrastruktur yang strategik dan tenaga kerja yang berbakat dalam pelbagai bidang teknologi.

Institusi dan agensi kerajaan juga telah berjaya mewujudkan kepesatan kapasiti kepada perniagaan dan kepada rakyat. Sistem pendidikan kita sedang menghasilkan sejumlah besar penyelidik dan siswazah.

Berbagai artikel dalam ruangan ini telah membincangkan fenomena global industri 4.0 atau revolusi perindustrian yang keempat. Teras fenomena ini adalah himpunan data yang besar, disalurkan, diproses dan ditafsirkan menjadi informasi yang berguna, sebagai pengetahuan dan kebijaksanaan.

Walaubagaimanapun, dengan peningkatan kemudahan untuk mengakses segala maklumat ini, ia boleh menyebabkan risiko tinggi terhadap kesahihan maklumat dan juga penyampaian maklumat yang tidak tepat.

Personal Computer

Walaupun teknologi meningkatkan jumlah data yang boleh diproses dalam tempoh masa tertentu, keupayaan manusia untuk bersaing dengan jumlah maklumat yang besar adalah terhad.

Falsafah konvensional lama menetapkan bahawa kematangan masyarakat adalah asas sebuah negara maju. Penanda aras asas untuk mencapai tahap itu adalah maklumat, pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki oleh rakyat.

Rakyat harus membaca dengan baik, berlandaskan fakta dan jelas dengan idea mereka, dengan tahap kecenderungan yang minimum dan objektif.

Kemunculan internet terutamanya media sosial, telah mewujudkan persekitaran di mana wujud risiko yang tinggi. Tahap informasi tinggi yang boleh kita akses, mampu menyebabkan kita kurang fokus membaca, dan lebih melayari pelbagai maklumat yang luas, menyebabkan analisis yang salah dan isu salah faham terhadap isu-isu yang dikaji.

Akibat daripada sifat semulajadi norma sosial manusia, kita cenderung untuk melontarkan pandangan peribadi kita di talian rangkaian peribadi. Akibat daripada itu, ianya mempunyai potensi untuk mewujudkan kognitif berat sebelah dan menghalang kita daripada mengakses perspektif yang berbeza.

keyboard warrior

 

Ketika dunia bergerak melalui revolusi yang akan datang, masyarakat  yang ingin mengambil bahagian perlu dapat menangani informasi dan data yang salah dan boleh menyekat maklumat yang sahih.

Dikala kebebasan maklumat dan pandangan amat digalakkan, kita seharusnya mendidik diri kita dan generasi muda tentang bahaya berita palsu dan informasi yang berniat jahat.

Perkara ini boleh dilakukan melalui usaha yang padu dan berterusan untuk memupuk minat membaca, menganalisis dan menjalankan perbincangan yang matang mengenai isu-isu yang berkaitan dengan kemajuan masyarakat.

Di Institut Automotif Malaysia, kami sentiasa berusaha untuk mewujudkan persekitaran yang memudahkan perbincangan intelektual, melalui saluran media sosial kami, portal dalam talian dan juga perbincangan secara langsung di ruang terbuka kami di Cyberjaya.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjemput semua pihak yang berkepentingan, termasuk orang awam, untuk menyuarakan pendapat dan soalan anda kepada kami, supaya kami dapat memahami pandangan anda dan membangunkan penyelesaian yang inovatif demi kebaikan negara kita.

“Idea yang terbaik adalah hasil daripada perselisihan intelektual yang hebat”

MAI_LOGO 100

 

Penulis ialah Datuk Madani Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI)

 Artikel ini turut diterbitkan di dalam Bahasa Inggeri di laman web mai.org.my

 

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *