Berita Global

Mercedes-AMG raikan ulangtahun ke-50 dengan AMG GT Coupe C

on

Mercedes-AMG telah melancarkan AMG GT C, tambahan baharu kepada pasukan berprestasinya di Detroit Auto Show. Coupe ini diperkenalkan sebagai model ulang tahun ke-50 khas untuk meraikan  Mercedes-AMG yang ke-50.

Mercedes-AMG telah menyuntik beberapa penambahan kepada enjin 4.0 liter V8 biturbonya yang mengakibatkan peningkatan kuasa untuk mencapai kelajuan 0-100 kmj (0-62 bsj) dalam masa hanya empat saat sahaja.

Mercedes-AMG GT C ini ditawarkan sebagai model coupe dan juga roadster, sertamodel berprestasi tinggi  GT S dan GT R. Semua model AMG GT menerima kemas kini teknikal, termasuk lebih kuasa, jeriji 15-bar yang sama yang memberikan persamaan dengan kereta perlumbaan GT3 syarikat Jerman itu.
amg-gts-gtc-50th-anniversary-detroit-naias-6
GT standard AMG dan Roadster GT kini mempunyai output 476 hp (350 kW), iaitu rangsangan sebanyak 14 hp. Tork pula telah dipertingkatkan kepada 630 Nm (465 lb-ft). Model GT S mendapat peningkatan 12 hp ke 522 (394 kW) dan 670 Nm (dari 650). Model-model GT C supaya mendapatkan lebih banyak kuasa dengan 557 hp (410 kW) dan 680 Nm (501 lb-ft). AMG GT R pula dinaikkan kepada 585 kuasa kuda (430 kW) dan 700 Nm (516 lb-ft) tork.
amg-gts-gtc-50th-anniversary-detroit-naias-1
Ini membolehkan Mercedes-AMG GT mengharungi 0-100 kmj (0-62 bsj) dalam empat saat cukup, dan kelajuan tertinggi 304 kmj (189 bsj). Roadster mengekalkan kepantasan, tetapi kurang 2 kmj dalam kelajuan tertinggi kerana berat. Model GT S mampu memcecah 0-100 dalam 3.8 saat dan mempunyai kelajuan tertinggi 310 kmj (192 bsj). Model GT C pula hanya memerlukan 3.7 saat untuk 0-100 kmj dan kelajuan tertinggi 317 dan 316 kmj (197 bsj) bagi Coupe dan Roadster. Mercedes-AMG GT R pula melakukan 0-100 kmj dalam  masa 3.6 saat dan mempunyai kelajuan tertinggi 318 kmj.

amg-gts-gtc-50th-anniversary-detroit-naias-8 amg-gts-gtc-50th-anniversary-detroit-naias-7.jpg amg-gts-gtc-50th-anniversary-detroit-naias-3 amg-gts-gtc-50th-anniversary-detroit-naias-5

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *