Berita Domestik

Toyota Fortuna diiktiraf EEV, hingga RM16,000 lebih murah!

on

Toyota Fortuner telah mendapat pengiktirafan sebagai kendraan cekap tenaga EEV. Ia merupakan SUV 4×4 pertama yang layak diiktiraf sebagai EEV, menjadikannya model Toyota ke-4 yang dipasang di Malaysia yang diiktiraf dengan status EEV selain Toyota Camry, Vios, dan Innova yang dilancarkan baru baru ini.

Dengan insentif yang disediakan di bawah Dasar Automotif Negara semasa (NAP), harga baru Fortuner kini dikurangkan sehingga RM 16,000 (bergantung kepada varian) seperti berikut:


OTR Harga dengan Insurans bagi Semenanjung Malaysia;
Toyota Fortuner 2.7 SRZ 4×4 RM 183,800
Toyota Fortuner 2.4 TCC 4×4 RM 175,400

Fortuner ini berenjin petrol 2.7 liter atau enjin turbodiesel 2.4 liter yang ditala untuk mencapai kecekapan bahan api yang tinggi bagi membolehkannya melakukan perjalanan untuk jarak yang lebih jauh dengan tangki bahanapi sebesar 80 liter. Selain itu, dengan 6 kelajuan transmisi automatik diurus elektronik, pemilihan gear sentiasa dioptimumkan untuk meningkatkan kecekapan bahan api.

Fortuner telah diberikan penarafan 5 bintang oleh NCAP ASEAN untuk kekuatan strukturnya yang baik dan memberikan perlindungan yang terbaik untuk penumpangnya, serta didatangkan dengan jaminan 5 tahun penuh dengan perbatuan tanpa had.

 

 

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *