Berita Global

BMW R 1200 GS bawah 200kg?

on

Bayangkan BMW R1200 GS LC yang di bawah 200kg. Jentera super-ringan 1200 cc dengan ciri-ciri enduro yang sangat baik, potensi prestasi tinggi dan gantungan yang hebat, berenjin bertentang (boxer) sejukan seberat kurang daripada 200 kilogram agar mudahkendali di rupa bumi yang kasar.

Satu impian? Mungkin tidak dengan BMW R 1200 GS Rambler.

rambler-01
Dari awal lagi, jentera dengan kod model K 199 ini menetapkan syarat asasnya, ia itu ia tidak boleh melebihi 199 kg dalam berat keseluruhan. Hasilnya adalah salah satu hasil paling ringan pernah dicapai bagi sesebuah BMW R 1200 GS. Ia nya bagai satu tafsiran moden sebuah BMW HP2. Sebuah motosikal tidak hanya kelihatan sporti, tetapi turut mampu memberikan prestasi sebegitu.

Ia nya bukan sekadar satu kajian perintis atau prototaip, tetapi motosikal konsep sebenar yang siap sedia untuk dihasilkan, dan merupakan bukti kebolehan teknologi luar biasa pasukan pembangunan Touratech.

rambler_azoren_7 rambler_azoren_5 rambler_3

Modifikasi:
Kotak udara: serat karbon
Fairing: tiub aluminium
Tangki: aluminium 16.2 l
Pam bahanapi: dalam tangki simpanan 1.8 l di bawah pelana
Pelana: enduro rali dari bahan PU
Kerangka: pendakap yang tidak perlu telah ditanggalkan
Kerangka belakang: aluminium
Hendal: Magura TX , dan pam ultra ringan Magura HC3 untuk klac dan brek
Kepala fork (triple clamp): ditempah khas dari XTRIG
Brek: fdepan: 1 x cakera Ø 300 mm; belakang: 1 x cakera Ø 276 mm
Salur brek: bersalut keluli (Stahlflex)
Lampu belakang: kit BMW R nineT
Lampu utama: kit BMW G 450 X kit
Lampu isyarat: BMW R 1200 GS
Sistem ekzos: titanium dan plastik diperkuat gentian karbon buatan Akrapovič
Bateri: lithium-ion 12 V, 4.6 Ah
fairing belakang: plastik diperkuat gentian karbon (Touratech / TT-3D)
Roda: rim lasak Haan Excel yang ditempah khas dengan tayarMetzler Karoo 3 depan:  21 x 2.15 90/90 R21, belakang: 17 x 4.24 150/70 R17.
Pelindung enjin: plastik diperkuat gentian karbon  (Touratech / TT-3D)
Madgad: plastik diperkuat gentian karbon  (Touratech / TT-3D)
Suspensi: penyerap kejutan belakang buatan khas oleh Touratech
Fork: Original dari BMW F 800 GS Adventure dengan kit Touratech Suspension Extreme (perjalanan spring 230 mm)
Pemijak kaki: titanium

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *