Berita Global

VW ke arah EV sepenuhnya menjelang 2020

on

Volkswagen kini memberi tumpuan kepada pembangunan kenderaan elektrik EV dan mensasarkan pengeluarannya bermula pada tahun 2020.

Masih ingat VW Kombi? Kini VW merancang untuk mengeluarkan minibas I.D. Buzz, yang akan memberikan sedikit gambaran kepada kita apa yang kita mungkin berada di dalam perancangan masa depan VW.

Minibas VW I.D. Buzz ini merupakan kenderaan yang modular, kabin bolehubah, HUD gabungan realiti, papan pemuka dan pembesar suara bolehtanggal dan pandu-kendiri dengan bantuan laser.

volkswagen-id-buzz-5 volkswagen-id-buzz-7 volkswagen-id-buzz-9 volkswagen-id-buzz-11 volkswagen-id-buzz-12 volkswagen-id-buzz-13

Volkswagen I.D. Buzz ini akan berpacuan semua-roda (all-wheel-drive) yang menggunakan rangkaian motor elektrik. Ia akan menjadi asas platform yang akan dikongsi oleh beberapa kenderaan di VW akan datang.

Volkswagen akan mengeluarkan hanya kenderaan elektrik sahaja bermula pada tahun 2020 dengan platform baru sedang dalam pembangunan, dengan kepelbagaian “elektrik keseluruhan, berhubungkait sepenuhnya”. Khabar angin turut menyebarkan kemungkinan pembinaan kilang bateri amat besar gaya giga-kilang kepunyaan mereka untuk membekalkan berjuta kenderaan elektrik yang akan mereka keluarkan setiap tahun menjelang 2025. Mungkin ini cara yang paling baik untuk memulihkan reputasi buruk syarikat tersebut selepas skandal diesel mereka itu.

volkswagen-id-buzz-1 volkswagen-id-buzz-3 volkswagen-id-buzz-4 volkswagen-id-buzz-14 volkswagen-id-buzz-16 volkswagen-id-buzz-24 volkswagen-id-buzz-31

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *