Tunggang Uji

Apa ada pada Benelli TNT 135 twin-spark

on

Benelli TNT 135: sebuah motosikal kompak dari Benelli yang juga dikenali sebagai Tornado Naked T atau Naked T di tempat lain. Ia nya telah diperkenalkan pada EICMA 2015 dan kini telah tiba di Malaysia.

Motosikal unik ini menggabungkan ciri-ciri reka bentuk motosikal jalan an yang menarik. Benelli Tornado Naked T135 termasuk ke dalam kategori motosikal cilik atau ‘monkey’ kerana ia dimensinya yang lebih kecil dan akan menjadikan orang yang agak tinggi atau besar kelihatan canggung sedikit jika menunggangnya.
img_2328
Motosikal ini dibekalkan dengan tupang atau fork terbalik USD di bahagian depan, yang diimbang penyerap kejutan mono belakang, rim aloi 12 inci dengan tayar depan 120/70 dan tayar belakang 130/70 serta brek cakera pada setiap roda.
tnt-135-white-prfofile-left
Namun begitu jangan anda tertipu dengan saiznya. Enjin 135 cc ini menghasilkan 12.6 hp dan 10.8 Nm tork. Benelli TnT25 serba  baharu ini juga telah mendapat status pensijilan penuh kenderaan cekap tenaga (EEV) oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.

Perhatikan bahawa enjin kecil ini menggunapakai teknologi twin-spark atau dua palam pencucuh. Kelebihan dua palam pencucuhan adalah ia nya mampu memberikan kuasa yang bersamaan dengan teknologi empat injap, tanpa perlu risau dengan bahagian bergerak mekanikal yang banyak.
tnt-135-white-top
TNT135 ini dibekalkan gantungan maju, rangka keluli yang kuat, roda aloi dengan brek cakera, tayar serba-cuaca dan gaya naked. Lampu depan LED hadapannya juga direka baik bagi membolehkan cahaya terang dan lebih  jelas ketika tunggangan siang mahupun malam.

tnt-135-white-45_-front
Pengendalian motosikal ini begitu mudah di dalam bandar sesuai dengan saiznya, apatah lagi anak muda bersaiz sederhana yang mudah menghayunkan ia ke mana sahaja yang diingini di celah celah kenderaan yang sesak berbaris di jalanraya. Ia adalah motosikal yang sesuai untuk penunggang muda yang mencari keseronokan dan memudahkan perjalanan seharian.
tnt-135-white-detail-1
Model ini didatangkan di dalam dua warna pilihan dan grafik yang menarik iaitu Merah dan Putih dengan harga jualan asas RM7,990(tidak termasuk GST dan cukai jalan)

Untuk masa yang terhad, 200 pembeli pertama Benelli TnT135 akan dihadiahkan sebuah topi keledar Givi M60.0 Skid Off Road yang bernilai RM371.
tnt135-specs_2016 tnt-135-white-detail-11 tnt-135-white-detail-10 tnt-135-white-detail-2 img_2328
Spesifikasi Benelli TnT 135

ENGINE, KUASA & TORK
Sesaran: 134.7 cc
Kuasa Maksimum: 13 HP @ 9000 rpm
Tork Maksimum: 10.8 NM @ 7000 rpm
Enjin: silinder tunggal, 4 lejang, 4 injap, SOHC sejukan udara
Sistem bahan api suntikan bahan api elektronik dengan pendikit D.28 badan
Pencucuhan: DELPHI MT 05
Pelinciran: takung basah
Nisbah mampatan: 9.8: 1
Gerek x lejang: 54.0 mm x 58.8 mm
Silinder: 1
Pelepasan: Euro 4
Palam pencucuh: BOSCH A7RC

TRANSMISI
Jumlah gear: 5
Klac: basah
Hantaran akhir: rantai

BREK
Depan: cakera keluli ø220 mm dengan angkup 2 piston
Belakang: cakera brek belakang Single Ø190 mm dengan angkup omboh tunggal

GANTUNGAN
Suspensi depan: tupang (fork) 41mm terbalik
Suspensi belakang: lengan ayun dengan penyerap kejutan sisi dengan spring pelarasan pra-beban
Perjalanan Roda depan 120 mm
Perjalanan Roda Belakang  50 mm

RODA & TAYAR
Tayar depan 120/70 ZR12
Tayar belakang 130/70 ZR12
Roda depan 12 “x 3.0 MT DOT
Rear Wheel 12 “x 3.5 MT DOT
Roda Jenis aloi aluminium
Tayar tanpa tiub

DIMENSI, BERAT & KAPASITI
Panjang Keseluruhan: 1750 mm
Lebar Keseluruhan”: 755 mm
Ketinggian Keseluruhan: 1025 mm
Tinggi pelana: 780 mm
Kelegaan bumi: 160 mm
Tapak roda: 1215 mm
Berat basah: 121 kg
Tangki bahanapi: 7.2 liter

PAPARAN KONSOL
Meter Kelajuan
Meter Perjalanan
Odometer
Tolok bahan api
Penunjuk bateri rendah

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *