Berita Domestik

Ducati Red Weekend SeMalaysia bermula!

on

Minat untuk mengenali Ducati Superbike Panigale 959 dengan lebih dekat? Ingin mencubanya?  Atau anda lebih berminat mengetahui prestasi Monster 821? Atau Multistrada 1200 Enduro? Atau Hypermotard 939? Atau mungkin anda jenis lasak yang merakan Ducati Scrambler lebih sesuai buat anda?

Apa pun minat genre motosikal anda, tentunya anda tidak ingin melepaskan peluang mendekati kesemua motosikal Ducati ini.

Kini Ducati Red Weekend eksklusif telah bermula pada Sabtu, 7 dan 8 Januari 2017 di bilik pameran Ducati Kuala Lumpur di Naza Automall Petaling Jaya, dan diikuti oleh semua pusat Ducati dan pengedar sah mereka di seluruh negara selepas itu.

Ducati Red Weekend Menyediakan peluang kepada orang ramai untuk menunggang-uji Multistrada 1200 Enduro, 959 Panigale, Hyper Strada 939, Monster 821 dan Scrambler Ducati (Icon & Sixtytwo).

amazing_panigale
Terdapat beberapa tawaran yang amat menarik bagi motosikal Ducati, barangan dan pakaian, alat ganti dan aksesori. Hiburan muzik secara langsung turut disediakan dengan makanan dan minuman.

Para peminat motosikal terutamanya peminat jenama ini dijemput untuk menyertai Ducati Red Weekend, yang memulakan tahun baharu 2017, di semua pusat Ducati dan pengedar sah mereka di seluruh negara.

Kedai-kedai yang mengambil bahagian termasuklah DUCATI Kuala Lumpur, DUCATI Pulau Pinang, DUCATI Sg. Buloh dan DUCATI Johor.  Bersempena Ducati Red Weekend, satu majlis penyampaian hadiah khas akan diadakan untuk menyerahkan Hadiah Utama Peraduan Merdeka Auto Fair Belanja dan Menang, yang merupakan Ducati Panigale 1199 ABS dengan liveri WSBK. Lima unit Vespa LT150 akan turut disampaikan kepada pemenang hadiah saguhati juga.
amazing_diavel amazing-scrambler amazing-multistrada amazing-monster

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *