Pandu Uji

Proton Ertiga – kompak, menjimatkan

on

Proton Ertiga MPV kompak baharu ini telah dilancarkan secara rasminya pada 24 November 2016.
Sudah sedia maklum, jentera ini adalah model rebadged daripada Suzuki Ertiga dan di datangkan dalam dua varian

  • 1.4L Executive MT- RM58,800 dan 1.4L Executive AT- RM61,800
  • 1.4L Executive PLUS AT- RM64,800

Pengalaman Careta memandu uji Proton Ertiga 1.4L dengan transmisi automatik dari Proton Centre of Excellence COE, Shah Alam ke Kuala Selangor memang membukakan mata kami akan produk MPV kompak ini. Perjalanan kira-kira 200km itu kami gunakan sebaik mungkin bagi menguji kelebihan dan kekurangan jentera ini.

20170104_1232

Harus diingatkan, Institut Automotif Malaysia (MAI) telah mengesahkan Proton Ertiga adalah MPV kompak pertama di Malaysia yang berstatus kenderaan cekap tenaga (EEV). Kami bayangkan ia hanyalah omongan yang mungkin benar di atas kertas sahaja tetapi pandu uji kami benar-benar membuktikan ia jimat dalam segi penggunaan bahan bakar.

Di bawah ialah sinopsis pandu uji kami bersama Proton Ertiga.

  • Proton Ertiga sememangnya terbaik bagi pilihan yang praktikal dan ekonomi kerana ia menawarkan penjimatan petrol yang sangat berbaloi dan efisyen. Kepada anda yang nak berjimat, ini adalah pilihan yang baik.
  • Ia bukanlah sebuah MPV kompak yang berasa berat ketika meluncur di atas jalan raya, malah pemanduan terasa begitu tangkas dan selesa.
  • Tiada masalah untuk dipacu laju dan ia mudah mencapai kelajuan sehingga 140kmsj. Tetapi jika kelajuan lebih daripada itu, terasa agak kurang mantap dan seperti kurang stabil. Kami dapati ia lebih selesa dan meyakinkan pada kelajuan malar 120 kmsj.

20170104_1469

  • Reaksi enjin pula tidak mengecewakan apabila pedal pendikit ditekan ketika memotong, ditambah pula dengan bantuan butang “over drive” yang menghadkan nisbah gear. Memang syiok kerana ia turun nisbah dengan lancar dan terus dirasakan seolah ada tambahan kuasa.
  • Ketika melalui jalan yang beralun, lopak dan lubang, Ertiga ternyata berjaya menyerap hentakkan tersebut tanpa rasa gegaran yang terlalu kuat dan dilakukan dengan senyap sekali.
  • Ruang dalaman kereta cukup luas terutamanya di bahagian depan dan tengah,namun barisan ketiga lebih sesuai bagi kanak-kanak dan dewasa yang bersaiz kecil.
  • Dari sudut keselesaan, Ertiga lebih baik dari Perodua Alza terutama di barisan ketiga. Kerusi barisan kedua pula boleh dilaras supaya penumpang barisan ketiga tidak berasa terlalu sempit.

20170104_1030

 

  • Susun atur dan fleksibiliti tempat duduk (material fabrik) yang dibalut kemas pula sangat sesuai dan berguna dalam memberi keselesaan serta keluasan yang diperlukan untuk pergerakan dan muatan.
  • Gabungan interior bewarna kuning cair “beige” dan kelabu digunakan untuk menampakkan ruang yang lebih luas dan ceria.
  • Bagi sistem pendingin hawa di bahagian belakang, penghembus tambahan diletakkan pada bahagian siling di barisan kedua tempat duduk.
  • Hembusan pendingin hawa yang kuat ternyata memberikan udara nyaman terbaik bagi penumpang di barisan ketiga.

 

  • Dengan kesemua tempat duduk digunakan, ruang kargo belakang masih mampu mengisi kapasiti 135 liter. Ruang but ini turut diberikan ruang penyimpanan tambahan dibawah lantai.
  • Tempat duduk barisan akhir boleh dilipat, dan kapasiti keseluruhan ruang kargo belakang akan “membesar” kepada 400 liter.
  • Bagi ciri keselamatan pula, jentera ini dilengkapkan dengan dua beg udara, ciri ABS dengan EBD, cagak tempat duduk kanak-kanak Isofix serta penghadang hentaman sisi untuk mengurangkan risiko kecederaan kepada pemandu dan penumpang. Untuk ini, Ertiga menerima penarafan empat-bintang dari ASEAN NCAP.

Kesimpulan

Bagi pengguna yang mencari sebuah kenderaan yang menawarkan nilai hebat, ruang dan praktikaliti, Proton Ertiga semestinya menjadi pilihan terbaik buat famili yang mementingkan gaya dan pada masa yang sama masih menginginkan ruang untuk ahli keluarga. Ini adalah satu pilahan yang sesuai dan berbaloi.

MPV EEV yang bersaiz kompak ini, tidak terlalu besar tetapi boleh memuatkan enam orang penumpang sangat sesuai dan selesa untuk perjalanan jauh.

Syabas Proton!

 

Laporan oleh Nurdiana Ismadi
Gambar oleh Nurdiana Ismadi dan Proton

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *