Berita Global

Huayra Roadster lebih ganas

on

Pagani sememangnya bakal melancarkan kereta hyper Huayra Roadster pada Mac tahun ini di pameran kenderaan Geneva.

Tidak lama selepas Pagani memuat naik dua gambar rasmi Huayra Roadster yang akan datang, satu lagi gambar yang lebih terperinci telah didedahkan. Berinspirasikan semangat GT, gambar terbaharu menunjukkan pentafsiran Huayra Roadster dengan rupa yang lebih ganas di dalam dua konfigurasi yang berbeza.

Gambar menunjukkan contoh Huayra Roadster bewarna merah dengan beberapa ciri yang lebih unik. Set lampu belakangnya yang memberi kesan aerodinamik, spoiler belakang telah diubahsuai dan ia juga menerima satu set side skirt yang baharu.

Nantikan kemunculan pertama Pagani Huayra Roadster pada Mac ini!

pagani-2

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *