Berita Global

Animasi ‘The Autobots’ dari China disaman kerana ciplak Cars

on

China memang suatu ketika dahulu terkenal dengan tabiat meniru produk antarabangsa tanpa segan silu.

Namun begitu, kerajaan negara tersebut sudah mula meminta syarikat-syarikat tempatan agar lebih kreatif dan mula menghasilkan produk dengan idea rekabentuk mereka sendiri. Ini adalah supaya produk China akan lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa dan akan lebih dihormati.

Sayangnya, seorang pengarah animasi China, Zhuo Jianrong mungkin tidak mendapat perutusan kerajaan tersebut kerana Zhuo kini popular di seluruh dunia kerana disaman oleh Disney Pixar di atas dakwaan melakukan jenayah pelanggaran hak cipta.

Menurut laporan CNN, poster filem Zhuo yang terbaharu – “The Autobots”  yang telah ditayangkan di pawagam pada 4 Julai 2015 itu menyerupai watak kereta lumba protagonis bagi filem Cars.

Zhuo menafikan dakwaan itu dan menyatakan beliau tidak pernah melihat dan tidak tahu tentang karekter filem animasi Cars.  Beliau dan pihak produksi
menegaskan The Autobots adalah idea asal mereka dan mereka bakal akan menghasilkan The Autobots 2 dalam tahun ini.

Zhuo menegaskan bahawa produksi beliau lebih baik dari Hollywood dan filem The Autobots mendapat sambutan yang menarik. Namun begitu, laporan CNN berkata kajian yang dilakukan di China mendapati ramai yang pergi melihat The Autobots kerana beranggapan ia adalah cerita Cars dari Pixar, anak syarikat Disney.

Nama The Autobots pula sama seperti Autobots dalam filem Transformers.  Watak di dalam poster itu pula hampir menyerupai watak-watak di dalam animasi Cars oleh Pixar.

Itulah China, unik dengan cara tersendiri.

autobots

 

 

 

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *