Berita Domestik

Laluan kontra di Terowong Genting Sempah selama 60 hari

on

Pemegang konsesi Lebuhraya KL-Karak (KLK)dan LPT1, Anih Berhad akan menutup salah satu dari dua laluan terowong tersebut dan membuka laluan kontra.

Anih akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di dalam terowong tersebut dan ia akan mengambil masa selama 60 hari, dari jam 8 pagi hingga 5 petang.
Penutupan satu laluan ini akan dilaksanakan mulai 10 January 2017.

Laluan akan dibuka seperti biasa antara jam 6 petang sehingga 7 pagi. Di bawah ialah jadual penutupan lorong di terowong tersebut.

kontra

Kerja-kerja penyelenggaraan akan dihentikan sewaktu perayaan Tahun Baharu Cina dan Thaipusan.

Anih meminta pengguna KLK dan LPT menggunakan medium sosial Facebook (nama akaun Lebuhraya Pantai Timur) dan Twitter di @LPTTrafik untuk mengetahui keadaan lalu lintas yang terkini.

peta-laluan-kontra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *