Berita Domestik

BR1M untuk Uber akan bermula tahun ini

on

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dilaporkan berkata kerajaan sekarang ini sedang berbincang dengan Proton, Uber dan Bank Simpanan Nasional untuk memastikan rakyat yang layak boleh memulakan karier Uber mereka dengan skim bantuan BR1M.

“Ini adalah satu dari beberapa perubahan yang dikaji oleh kerajaan untuk memperbaiki mekanisma pembahagian skim BR1M untuk kebaikan rakyat,” ujar beliau.

“Kami masih sedang berbincang dan tiada kata putus lagi. Ia akan dijalankan tahun ini,” tambah beliau bila ditanya mengenai status BR1M untuk Uber.

Di dalam sebuah sidang akhbar semalam, Mohd Irwan berkata rakyat yang layak boleh menggunakan BR1M dan Proton akan memberikan diskaun sebanyak RM4,000. Pakej ini akan membantu mereka untuk memulakan karier sebagai pemandu Uber.

mohd-irwan-serigar-abdullah-careta

“Kami memang menggalakkan langkah ini supaya mereka yang berada di dalam kumpulan pendapatan B40 akan ditingkatkan ke kumpulan M40,” tambah Mohd Irwan.

Kumpulan pendapatan B40 ialah mereka dengan pendapatan isirumah sehingga RM3,855 sebulan sementara kumpulan M40 ialah mereka dengan pendapatan isirumah dalam julat RM3,855 dan RM8,135.

Seterusnya Mohd Irwan berkata kepada akhbar The Sun kerajaan akan terus mencari mekanisma terbaik untuk mengagihkan bantuan BR1M, termasuk skim latihan skil kepada golongan berpendapatan rendah agar ia dapat menaik-taraf hidup mereka.

Beliau turut menidakkan desas-desus negara di dalam kemelut ekonomi.

“Saya berada di San Francisco tempohari dan ada yang bertanya adakah kita di dalam masalah ekonomi. Saya katakan tidak kerana ada yang ditulis itu tidak semestinya benar.”

“Kita tidak berada di dalam sebarang masalah. Sebenarnya keadaan ekonomi kita kuat dan akan terus kuat di bawah pimpinan Najib,” ujar beliau.

Sementara itu, untuk mereka yang mahu ke Thailand, kadar tukaran wang asing hari ini ialah Thai Baht 7.95 berbanding dengan RM1.

Kadar tukaran itu rendah berbanding dengan Thai Baht 8.42 setahun lalu (Januari 2016).

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *