Berita Domestik

VW tawar tukar-beli kenderaan anda

on

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) kini menawarkan program tukar-beli (trade-in) yang eksklusif bagi model Jetta dan Passat serba baharu. Program itu bermula sekarang hingga 31 Mac 2017.

Para pemilik kenderaan Volkswagen kini boleh menukar kenderaan lama pada harga menarik untuk membeli model Jetta baharu yang bermula dari RM108,990 atau Passat serba baharu yang berharga dari RM159,990 seunit. Bukan itu sahaja, pemilik kenderaan jenama lain juga boleh menikmati program ini dengan harga penukaran yang cukup menarik.

Program tukar-beli itu sah untuk pemilik kenderaan dengan minimum pemilikan selama enam bulan mulai tarikh pendaftaran. Kenderaan yang ditukar beli adalah tertakluk kepada pemeriksaan dan penilaian oleh pengedar-pengedar sah Volkswagen. Mereka berhak membuat keputusan akhir untuk menerima penukaran kereta tersebut atau sebaliknya.

Maklumat lanjut mengenai program trade in ini, sila kunjungi bilik pameran Volkswagen berhampiran anda.

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *