Cub Prix

Cub Prix 2017 pertimbangkan tawar tujuh kategori

on

Saingan perlumbaan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS dijangka bertambah menarik dengan kemungkinan pertambahan kepada tujuh kategori perlumbaan dalam kalendar musim 2017 yang akan bermula tidak lama lagi.

Perkara itu dinyatakan oleh promoter perlumbaan, Safe Aim Mutual Sdn Bhd serentak dengan pengumumkan jadual 10 pusingan musim ke-24 yang akan bermula pada awal Mac dan berakhir pada November depan, hari ini.

Siri kejuaraan motosikal kebangsaan itu ketika ini mempunyai format enam kategori perlumbaan iaitu tiga kelas terbuka, satu kategori perlumbaan separa amatur dan dua kategori satu pengeluar sepanjang tiga musim lepas.

yamaha_one_make

“Tahun lepas kami telah memanjangkan tempoh permohonan untuk perlumbaan kategori satu pengeluar memandangkan sambutan yang cukup menggalakkan dan kami menerima hampir seribu permohonan dari remaja-remaja yang berminat untuk menjadi pelumba. Namun, hanya sebahagian kecil daripada mereka ini yang berpeluang untuk menyertai perlumbaan peringkat pembangunan yang dikendalikan oleh pihak pengeluar Honda dan Yamaha ini. Kami akui terdapat permintaan dan keperluan bagi membolehkan lebih banyak pelumba-pelumba muda dapat menceburi bidang sukan permotoran ini,” jelas Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd, Ron Hogg.

honda_one_make

Mereka kini sedang mempertimbangan untuk menambah satu lagi kategori perlumbaan kelas ‘rookie’  bagi musim 2017 agar dapat membuka lebih ruang bagi pelumba-pelumba muda berada di atas grid perlumbaan.
Kalendar 10 Pusingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017:

Rd 1 Temerloh, PAHANG 4 & 5 Mac

Rd 2 MAEPS, SELANGOR 25 & 26 Mac

Rd 3 KELANTAN 14 & 15 April (Perlumbaan Sabtu)

Rd 4 MELAKA 13 & 14 Mei

Rd 5 JOHOR 15 & 16 Julai

Rd 6 Teluk Intan, PERAK 4 & 5 Ogos

Rd 7 Kemaman, TERENGGANU 8 & 9 September (Perlumbaan Sabtu)

Rd 8 Kangar, PERLIS 7 & 8 Oktober

Rd 9 Jempol, N. SEMBILAN 4 & 5 November

Rd 10 Batu Kawan, P. PINANG 18 & 19 November

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *