Kelab

BMW Society Malaysia lakukan konvoi Thailand sejauh 3,400 km

on

BMW Society Malaysia atau Persatuan (Pemilik) BMW Malaysia telah melakukan konvoi tahunan mereka dan untuk 2016, mereka ke Rayong untuk melawat kilang pemasangan BMW Thailand.

Perjalanan hari pertama (19 November 2016) sejauh 1,060 km dari Kuala Lumpur ke Chumphon, Thailand mengambil masa 17 jam.

bmw-society-malaysia-trip-careta

Chumphon ialah sebuah kawasan peranginan tepi pantai yang terletak di selatan Thailand.

Hari kedua, konvoi bergerak ke Pattaya, 600 km jauhnya dan selepas 10 jam memandu, mereka berehat di hotel Ibis Pattaya.

bmw-society-24

Hari ketiga ialah hari berehat dan rakan-rakan konvoi mengambil kesempatan untuk meronda bandar Pattaya dengan motosikal dan skuter sewa.

Hari keempat, konvoi bergerak ke Rayong untuk melawat kilang pemasangan BMW Thailand.

bmw-society-17

Kilang super modern itu nyata memberikan pelbagai informasi kepada ahli persatuan tersebut dan mereka diberi peluang untuk melihat sendiri kualiti pemasangan kenderaan jenama Jerman itu.

Hari kelima, mereka meninggalkan Pattaya dan bergerak ke Hua Hin yang terletak 300 km jauhnya. Perjalanan kali ini lebih pendek, hanya empat jam dan hari itu diakhiri dengan jamuan makan malam oleh agensi pelancongan kerajaan Thailand, TAT atau Tourism Authority Thailand di Hotel Ibis Hua Hin.

bmw-society-2

Hari keenam dihabiskan dengan meronda kawasan Hua Hin dan membeli belah.

Hari ketujuh, konvoi bergerak ke Haatyai sejauh 800 km. Mereka memandu selama 13 jam untuk hari itu sahaja.

Hari kelapan, konvoi meronda Haatyai sebelum bergerak balik ke Kuala Lumpur.

Jumlah jarak keseluruhan perjalanan mereka ialah sejauh 3,400 km.

bmw-society-18

“Alhamdulillah, perjalanan kami tidak diduga oleh sebarang insiden yang membahayakan. Ahli-ahli konvoi mematuhi undang-undang jalanraya Thai dan tidak mahu mengambil sebarang risiko,” ujar Mohamed Hisham Idris, ketua konvoi tersebut.

“Disiplin sangat penting di dalam aktiviti sebegini kerana kita tidak mahu mengambil sebarang risiko.”

bmw-society-21

Persatuan tersebut ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penaja-penaja iaitu minyak enjin Ravenol, BMW Malaysia, BMW Thailand, restoran La Bodega, Turtle Wax, Toms Sticker, Tourism Authority Thailand, X-1R, Redbull dan Millenium Auto Haatyai kerana percaya akan kebolehan mereka menganjurkan konvoi tersebut.

Terbukti produk-produk yang diuji sepanjang perjalanan konvoi langsung tidak mengecewakan.

bmw-society-23

Untuk mereka yang mahu berkongsi pengalaman dengan BMW Society Malaysia, cari mereka di Facebook (https://www.facebook.com/groups/664028813619687/) atau email Hisham di [email protected]

Syabas BMW Society Malaysia!

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *