Berita Domestik

Nissan dan Infiniti beri waranti 7-tahun tanpa had perbatuan

on

Berita baik buat semua warga Malaysia untuk tahun baru ini, sempena ulang tahun ke- 60, Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) dan Inspired Motor Sdn. Bhd. mengumumkan pakej waranti baharu selama tujuh tahun tanpa had perbatuanuntuk model-model Nissan dan Infiniti.

Waranti yang ditawarkan melibatkan semua model Nissan kecuali pikap Navara yang dihadkan kepada 5 tahun atau perbatuan sejauh 150,000km.

Bagi kenderaan kegunaan komersial, waranti adalah sama seperti sebelumnya iaitu selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km.

Waranti tujuh tahun pertama akan dikendalikan sepenuhnya oleh Tan Chong Group dan ia boleh dipindahkan kepada pemilik seterusnya dalam tempoh jaminan itu.

02-7-years-warranty-with-unlimited-mileage_infiniti-models

Pengarah Pemasaran dan Jualan ETCM, Christopher Tan berkata, “Tahun ini, kami meraikan ulang tahun Tan Chong Group yang ke-60. Kami berbangga untuk mengumumkan tempoh waranti kenderaan yang terbaik di Malaysia. Kualiti Global Nissan memberi keyakinan kepada Tan Chong Group untuk menawarkan kepada pelanggan kami ketenangan minda, kos penyelenggaran yang rendah dan nilai jualan semula yang lebih baik.”

Bagi model Nissan dan Infiniti, waranti untuk lima tahun pertama adalah sama dengan waranti tiga tahun pengilang, manakala tahun keenam dan ketujuh adalah untuk jaminan enjin, transmisi dan bahagian alat ganti terpilih.

03-7-years-warranty-logo

Program waranti lanjutan untuk pemilik sedia ada akan ditawarkan tidak lama lagi.

Selain itu, ETCM akan menganjurkan Karnival Tahun Baru Cina Nissan yang menampilkan barisan model Nissan dan persembahan Tarian Singa khas. Paling menarik, ia menawarkan rebat sehingga RM6,500 dan Skim Bayaran 0% Faedah dan Promisi RM1 turut diteruskan.

04-cny-2017-promotion-campaign

Karnival tersebut akan turut disertai dengan hadiah peralatan rumah jenama Hitachi bernilai RM108,888 kepada pemenang bulan Januari dan Februari. Ia terbuka kepada mereka yang membeli kenderaan Nissan dalam dua bulan tersebut.

Tarikh dan lokasi Karnival Tahun Baru Cina dengan Tarian Singa Khas adalah seperti berikut:

nissan-2017-1

Orang ramai turut dijemput untuk mengunjungi siri jelajah Tahun Baru Cina Nissan seperti tarikh dan lokasi berikut.

nissan-2017-2

 

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *