Berita Global

Rempuh dinding – Selebriti Korea saman dan ugut Tesla

on

Ji-Chang Son, seorang selebriti Korea Selatan telah memfailkan saman terhadap Tesla di California, Amerika Syarikat setelah Ji-Chang mendakwa Tesla Model X miliknya memecut secara tiba-tiba dan merempuh dinding rumahnya ketika beliau sedang mempakirkan kenderaannya itu.

Rempuhan itu mengakibatkan kecederaan kepada diri beliau dan anaknya.

ji-cahng-son-careta

Ji-Chang juga turut mengugut akan menggunakan populariti beliau di Korea untuk memburukkan Tesla sekiranya syarikat itu tidak membayar gantirugi dan pampasan serta mengakui kenderaan itu memecut dengan sendirinya.

Tesla bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan berkata siasatan mereka menunjukan Ji-Chang menekan sendiri pedal pendikit tersebut.
Tesla juga pernah berkata Model X itu ialah keluaran paling selamat.

tesla-1

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *