Sukan bermotor

WSBK 2017 saksikan perubahan: baik atau buruk?

on

Peraturan Kejohanan Dunia Superbike (World Superbike) akan menyaksikan perubahan besar untuk musim 2017. Sementelah sesi Superpole di mana para pelumba menentukan kedudukan grid melalui masa kelayakan untuk perlumbaan pertama hujung minggu, penetapan kedudukan grid bagi perlumbaan Superbike kedua akan berdasarkan keputusan perlumbaan satu, bukan secara terus, tetapi secara mempuratakan kelebihan atau handicap.

Pelumba yang memenangi perlumbaan satu kini akan memulakan perlumbaan dua di tempat kesembilan. Penyudahan tempat keempat dalam perlumbaan satu akan meletakkannya memulakan perlumbaan dua di hadapan sekali.
Mungkin cara paling mudah untuk memahaminya adalah dengan melihat susunan di bawah:

Keputusan perlumbaan satu:             1    2    3    4    5    6    7    8    9
Kedudukan grid perlumbaan dua:    6   5    4     3    2    1    7    8    9

Pelik? Seperti yang boleh dijangkakan, terdapat berbagai pendapat tentang sistem ini. Ada sesetengah pelumba menyukainya, dan ada yang tidak.  Apakah ia nya satu idea yang baik atau buruk?

wsbkreaTidak menghairankan, Juara Dunia Jonathan Rea merupakan salah seorang di kalangan mereka yang tidak suka rancangan penentuan grid baru ini. Jika dia menang sebanyak mana seperti yahun ini kelak dalam tahun 2017, beliau tentunya akan begitu kerap bermula di tempat kesembilan pada grid perlumbaan kedua.

Mengapa ia nya diubah sedemikian? Ada yang mengatakan ia nya kerana walaupun WSBK menampilkan beberapa bakat besar dan beberapa perlumbaan yang baik, ia nya sebenarnya kian merana. Ada pula yang berpendapat bahawa perlumbaan motosial adalah suatu bentuk hiburan. Dengan lebih banyak pilihan hiburan lain yang tersedia berbanding sebelum ini, WSBK perlu mengadakan persembahan yang terbaik.

Mungkin jika penganjurnya iaitu pihak Dorna mahu tahu sebab sebenar World Superbike lemah, mereka perlu bermuhasabah diri sedikit. Semenjak Dorna kini mengawal keedua-dua kejohanan Superbike Dunia dan MotoGP, organisasi itu telah memaparkan dengan sangat jelas bahawa MotoGP adalah kemuncak perlumbaan motosikal. Para peminat baharu mungkin tidak ingat bahawa pada satu ketika World Superbike seolah olah akan mengatasi perlumbaan MotoGP dari segi populariti, apabila WSBK memaparkan juara juara yang menunggang jentera yang mampu dan boleh dibeli peminat, manakala Grand Prix masih memaparkan jentera jentera dua lejang yang tidak mempunyai kaitan dengan pengguna harian. Selagi penganjur memaparkan imej bahawa WSBK merupakan perlumbaan kelas kedua berbanding MotoGP, selagi itulah jualan tiket akan kian berkurangan, dan gimik penentuan grid seperti ini hanya akan memburukkan keadaan.
Apa pendapat anda?

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *