Berita Global

BMW G310R tawar permotosikalan premium

on

Salah satu model motosikal yang ditunggu ramai ialah siri motosikal BMW 310. Model BMW G 310 R, dan model G lain akan memainkan peranan yang berbeza dalam pasaran yang berlainan. Di negara seperti Brazil dan India (di mana motosikal itu dibina untuk BMW oleh syarikat pembuatan motosikal TVS Motor Company), BMW kecil ini akan menjadi model aspirasi dan motosikal premium, iaitu sebagai naiktaraf bagi pemilik motosikal dalam kelas pertengahan yang semakin berkembang. BMW menurunkan sesaran enjinnya ke 300 cc agar mampu mencapai bilangan pembeli berpotensi sedunia yang lebih besar.
p90202651-bmw-motorrad-g-310-r-11-2015-2250px
Mudah untuk melihat persamaan kekeluargaan di antara BMW G310R dengan BMW S 1000 R pada selubung radiatornya terutama sekali dalam versi warna putih. Warna hitam dan biru juga akan ditawarkan. Panel plastik di sisi tangki 11 liternya yang langsing dipisahkan oleh bahan bergetah hitam di tengah-tengah yang membuat pemasangan atau penampalan pelindung tangki bahanapi untuk mengelakkannya dari dicalari tali pinggang anda tidak lagi perlu. Malah padanan atau pemasangan kemas panel plastik dan getah di bahagian tengah tangki bahanapi adalah satu contoh bagaimana motosikal paling kecil dan paling murah BMW ini tidaklah kelihatan murah.
bmw_g_310_r_tank
BMW G310R telah membuat penampilan sulungnya di Amerika Syarikat hujung tahun lepas. Ia nya mungkin kecil, tetapi BMW kerap menggunakan perkataan “premium”  dalam menyampaikan imej G 310 R ini. Mereka tahu umum akan meragui dan mempersoalkannya kerana ia nya dibuat di India dan bukannya di Jerman. Pemerhatian media di sana melaporkan bahawa melihatnya secara lebih dekat dan peribadi membuktikan bahawa jentera terkini ini memenuhi apa yang harapkan dari mana-mana motosikal BMW. BMW USA telah mengumumkan harga yang kompetitif bagi G 310 R ini yang dilancarkan dengan harga asas USD$4,750.
bmw_g_310_r_005_ol
Paparan meternya termasuk penunjuk gear, dengan paparan kelajuan dalam bentuk graf bar yang tidak terlalu sukar untuk dibaca sepintas lalu. Satu butang tunggal membolehkan anda beralih dari paparan meter perjalanan, bahan api, perbatuan dan juga suhu enjin. Tolok bahan api (kiri), penunjuk gear (kanan bawah) dan tachometer pula berada di seluruh bahagian bawah.
bmw_g_310_r_dash
Janakuasa G 310 R adalah enjin 313 cc satu selinder suntikan bahan api, empat injap yang menghantar 34 hp dengan transmisi enam kelajuan dan pacuan akhir rantai. BMW telah menterbalikkan enjin selinder tunggal ini daripada konfigurasi biasa, iaitu dengan menempatkan bahagian kemasukan di hadapan dan ekzos di belakang dan juga menyendengkan silindernya ke belakang sedikit. Ini membolehkan jurutera BMW untuk menempatkan enjin itu ke hadapan sedikit dalam casis keluli tiub, dan memanjangkan lengan ayun dan mengagihan beratnya samarata 50 peratus pada setiap roda yang terpisah sebanyak 54 inci antara satu sama lain. Konfigurasi ini juga membolehkan rekabentuk ekzos yang lebih pendek bagi membantu penukar pemangkin panas lebih cepat agar motosikal ini memenuhi standard pelepasan ekzos.
bmw_g_310_r_engine
Fork terbalik Kayaba kelihatannya mampu menangani keperluan jentera kecil in namun tidak tidak boleh dilaras. Satu-satunya pelarasan yang boleh dibuat pada suspensinya adalah larasan spring pada penyerap kejutan belakang. Brek ABS didatangkan standard untuk motosikal di Amerika, dengan cakera 300 mm tunggal di hadapan dan cakera 240 mm di bahagian belakang, yang disuap oleh salur brek bersalut keluli.
bmw_g_310_r_headlight
Pelana standard terletak setinggi 30.9 inci dari bumi dan agak rata dan tirus. Penunggang dengan ukuran kaki 32-inci dari kelangkang akan mampu mencelapak dengan kedudukan selesa ketika berhenti di hentian lampu isyarat.

BMW USA memaklumkan pihak media Amerika bahawa model R akan boleh didapati se awal musim panas tahun 2017 dan model mini adventure iaitu model GS akan menyusul bulan kemudiannya.

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *