Berita Domestik

Angpau Tahun Baharu Cina terbesar dari VW

on

Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPCM) mengalu-alukan kedatangan tahun ayam dengan kempen angpau paling besar (Biggest Angpow of the Year) sempena sambutan Tahun Baharu Cina kali ini.

Mulai sekarang hingga 15 Februari 2017, pelanggan yang membeli kereta Volkswagen berpeluang memenangi satu paket ‘angpow’ berjumlah RM66,888, nilai yang sama dengan sebuah Volkswagen Vento Trendline.

Bagi menambah kemeriahan Tahun Baharu Cina, semua pelanggan yang membeli sebuah kenderaan Volkswagen sepanjang tempoh promosi juga akan diberi angpow dalam bentuk pulangan semula wang tunai bermula sebanyak RM388 hingga RM1,288.

 

Bagi promosi Tahun Baru Cina ini, para pelanggan boleh memilih daripada rangkaian model seperti Polo, Golf, Beetle, Vento, Jetta dan Passat serba baharu. Untuk layak, semua tempahan kenderaan mestilah dibuat dalam tempoh promosi, selain tertakluk kepada terma dan syarat sehingga stok masih ada.

 

Maklumat lanjut mengenai promosi Tahun Baru Cina sila kunjungi bilik pameran Volkswagen berhampiran.

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *