Berita Global

Yamaha T7 Concept dibina khusus untuk kelasakan

on

Kategori motosikal pengembaraan atau adventure telah menjadi begitu popular sepanjang dekad ini tetapi dibebani oleh jentera besar dan berat seperti BMW R1200GS Adventure dan yang seakannya. Semuanya cukup besar untuk merentas desa tetapi menyiksakan untuk keluar dari lubang lumpur dan lopak dalam, membuatkan jentera besar sebegini sukar dikendalikan di laluan sepi dan tunggangan solo ke belantara.

Kebanyakan peminat tegar off-road memilih sesuatu yang lebih kecil, lebih ringan dan lebih mudah diuruskan, dan pelbagai model jentera pengembaraan berkapasiti kecil telah tampil buat kali pertamanya di EICMA tahun ini seperti Suzuki  250, BMW 310 GS, Ducati Scrambler Desert Sled, Honda CRF250L Rally dan Kawasaki Versys X-300.

Namun jentera kecil ada batasnya, dan nampaknya para pengeluar motosikal kini kian mendengar kehendak pasaran kini yang menggemari penunggangan pengembaraan. Mungkin mereka yang menggemari aktiviti lasak sedemikian akan menyukai Yamaha T7 Concept yang diasaskan kepada MT-07 berenjin berkembar selari.
yamaha-t7-eicma-adventure-concept-16
Yamaha T7 Concept nyata sekali akan merupakan asas untuk model pengembaraan bersaiz pertengahan dari Yamaha. Ia benar-benar kelihatan seperti menyeronokkan dan mengikuti langkah Ténéré dalam tahun 1980-an, jentera gaya Dakar  saiz pertengahan berdasarkan motor berkembar selari MT07 yang menggerunkan.

Ia cukup besar untuk kelihatan seperti mampu ditunggang sendirian di lebuh raya yang jauh, namun cukup kecil untuk menjadi pilihan yang tulen untuk peminat tegar off-road.
yamaha-t7-eicma-adventure-concept-17
Ia dilengkapi empat lampu projektor LED dan tangki bahan api aluminium, serta fork atau tupang KYB.
Tetapi enjinnya cukup besar dan amat sesuai untuk tugas itu. Yamaha seolah menyampaikan mesej jelas bahawa model ini akan menjadi asas untuk barisan model baharu pada 2018. Kami akan sabar menunggu!

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *