Berita Global

Range Rover Sentinel, SUV kalis peluru dan bom

on

Adakah anda seorang VVIP? Adakah nyawa anda selalu terancam apabila keluar ke tempat kerja?

rrsentinelexterior1

Anda tidak perlu bimbang. Anda boleh memiliki sebuah kenderaan berperisai yang serba mewah dan berprestasi tinggi.

sentinelinfographicsv3

Pusat Special Vehicle Operations (SVO) di Land Rover ada menawarkan sebuah kenderaan berperisai berdasarkan model termewah Range Rover Autobiography dinamakan Sentinel.

rrsentinelexterior2

Yang menakjubkan ialah Land Rover dapat mengekalkan prestasi dan keupayaan yang terdapat pada Range Rover Autobiography biasa tetapi dengan tambahan perisai badan kereta yang dapat menahan serangan tembakan dari peluru berkaliber 7.62mm yang berhalaju tinggi dan berkuasa.

rrsentinelexterior4

Ia juga berupaya menahan tembakan peluru jenis tembus perisai dan membakar (armour piercing incendiary) yang sekarang banyak digunakan oleh pengganas-pengganas antarabangsa.

rrsentinelinterior1

rrsentinelinterior2

Bukan sahaja keupayaan menahan serangan tembakan peluru, Range Rover Sentinel juga berdaya untuk mengekalkan struktur ruang penumpang walaupun di letupkan dengan bom tangan jenis DM51 atau Trinitrotoluene (TNT) seberat 15 kg!

rrsentinelinterior3

Range Rover Sentinel telah ditauliahkan dengan pengiktirafan VR8 dari serangan balistik oleh QinetiQ®, suatu organisasi yang menjadi sebahagian dari agensi penyelidikan pertahanan negara Britain.

rrsentinelexterior5

Dari luar, tiada siapa yang akan dapat membezakan antara Range Rover ini dan yang lain. Tetapi inilah satu-satunya kereta kebal yang serba mewah jenis SUV.

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *