Berita Domestik

Shamsubahrin buat U-turn – kini sokong Uber/Grab Car

on

Tidak lama dahulu, Datuk Shamsubaharin Ismail, pengasas syarikat Big Blue Taxi Services begitu lantang menentang perkhidmatan perkongsian kenderaan seperti Grab Car dan Uber.

Beliau menentang keras akan perkhidmatan tersebut yang dikatakan tidak adil kepda industri teksi.

Namun dalam sidang akhbar pagi kelmarin, Shamsubahrin telah mengubah pendapat beliau dan mahukan kerajaan menyegerakan undang-undang yang membenarkan perkhidmatan Uber dan Grab Car.

Menurut Malay Mail Online, syarikat Shamsubaharin telah kerugian RM8,000 kerana dirompak oleh seorang pemandu teksi tiga hari lalu dan pemandu berusia dalam 50-an itu kini sudah menghilangkan diri.

Pemandu tersebut sudah memandu untuk syarikat Big Blue Taxi milik beliau selama enam tahun.

“Saya sudah membantu beliau acap kali tetapi inilah balasan beliau kepada saya,” ujarnya kepada Malay Mail Online.

Shamsubahrin terus berkata bahawa oleh kerana pemandu teksi tidak gentar dengan saingan dari Uber dan Grab Car dan terus menerus tidak mahu berubah, beliau menggesa kerajaan memberpcepatkan lagi undang-undang untuk menghalalkan Grab dan Uber.

“Saya menyokong kebenaran untuk perkhidmatan Uber dan Grab Car,” ujar beliau.

Beliau telahpun membuat laporan polis dan akan membawa syarikat teksi yang memberikan permit kepada pemandu teksi tersebut di bawa ke mahkamah.

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *