Pelancaran

Innova serba baharu diiktiraf EEV

on

Toyota Innova serba baharu telah dilancarkan di ibu negara hari ini oleh UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT), pengimport dan pengedar sah tunggal bagi kenderaan Toyota di Malaysia.

Menariknya, Innova serba baharu ini diiktiraf sebagai kenderaan cekap tenaga (Energy Efficient Vehicle, EEV) oleh kerajaan Malaysia dan merupakan MPV keluaran Toyota yang pertama menerima kelayakan sedemikian. Insentif EEV yang diterima juga membolehkan penetapan harga yang lebih rendah oleh UMWT.
img_2606
Toyota telah menaik taraf Innova generasi kedua ini agar berpenampilan lebih premium, baik dari segi luaran mahupun ciri-ciri kelengkapannya. “Berdasarkan kajian pasaran yang dilakukan, kami mendapati ada permintaan bagi MPV dalam saiz ini, terutama untuk kegunaan keluarga. Model baharu ini dibangunkan untuk memenuhi keperluan seperti itu,” ujar Ismet, yang akan bersara pada penghujung tahun ini. Majlis pelancaran berkenaan turut dihadiri oleh Pegawai Urusan Toyota Motor Corporation, Hiroki Nakajima.
img_1550
Innova serba baharu dikuasakan oleh enjin 2.0 liter 1TR-FE empat silinder petrol dengan Dual VVT-i (Variable Valve Timing with intelligence) yang memberikan kedua-dua prestasi dan penjimatan yang dipertingkat. Sebagai tambahan, beberapa bahagian di dalam enjin berkenaan juga telah direka semula bagi mengurangkan geseran dan berat, yang menyumbang kepada penjimatan bahan api yang lebih baik. Dalam pada itu, sewaktu sesi soal jawab, UMWT turut mengesahkan bahawa varian diesel akan turut ditawarkan di negara ini dalam masa terdekat.

Di antara ciri ciri baharu yang diperkenalkan adala

  • bahagian atas gril kini bersalut krom
  • perincian pada lampu utama
  • profil sisi yang elegan
  • penggunaan lampu suasana (ambient light) LED pada bahagian bumbung
  • stereng balutan kulit
  • tombol gear dengan kemasan krom dan perak (bagi varian 2.0G)
  • sistem kemasukan Pintar & Mula
  • kawalan pendingin automatik bagi penumpang depan dan belakang
  • kotak pendingin (cooler box) di hadapan

Tahap kebisingan dalam kabin juga kini lebih rendah hasil daripada penebatan bunyi yang dipertingkatkan serta penyingkiran bunyi bising dari sumbernya.

img_1528

Turut ditawarkan pada model baharu ini ialah peralatan keselamatannya iaitu:

  • tujuh beg udara SRS
  • beg udara bahagian lutut
  • kawalan kestabilan kenderaan Vehicle Stability Control (VSC)
  • Kawalan cengkaman Traction Control (TRC)
  • brek anti kunci ABS dengan Electronic Brakeforce Distribution (EBD) dan Brake Assist (BA)
  • kawalan cenuram Hill-Start Assist Control seperti yang tersedia bagi Innova varian G

Innova serba baharu ini  pengiktirafan lima-bintang bagi perlindungan penumpang dewasa ASEAN NCAP pada Januari tahun ini juga telah diperkukuh dengan penggunaan keluli tegangan tinggi pada banyak bahagian badannya.  Model sama juga baru sahaja menerima anugerah Grand Prix kategori MPV dengan mata tertinggi yang dicatatkan bagi ujian perlindungan penumpang kanak-kanak.

img_2607

“Toyota Innova telah diperkenalkan di banyak pasaran termasuk di negara-negara ASEAN seperti Indonesia, Thailand dan Filipina. Kami amat berbangga dengan model ini kerana ia menerima sambutan yang sangat memuaskan di pasaran-pasaran berkenaan. Kami juga yakin ia akan diterima dengan baik di Malaysia,” kata  Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama.

Dalam nada yang sama, Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki pula mengulas lanjut bahawa sebagai antara syarikat yang pertama di Malaysia yang menawarkan MPV sejak dari pertengahan tahun 1980an lagi, pelbagai model telah ditawarkan dan Innova memenuhi keperluan sebuah MPV saiz sederhana.

Seperti versi sebelumnya, MPV generasi kedua ini dipasang di kilang milik UMWT sendiri di Assembly Services Sdn Bhd, Shah Alam, Selangor.
Toyota Innova serba baharu ini didatangkan dengan jaminan lima tahun, tertakluk kepada terma dan syarat. UMWT mensasarkan untuk menjual 4,000 unit Innova pada 2017, dan setakat ini ia sudah menerima 500 tempahan.
Toyota Innova serba baharu akan berada di bilik-bilik pameran Toyota seluruh negara  bermula 9 Disember 2016. Untuk maklumat lanjut, layari toyota.com.my atau hubungi talian bebas tol 1-800-8-TOYOTA (869682).

 

 

Harga atas jalan (RM) – Pendaftaran peribadi

Kawasan

2.0E M/T

2.0E A/T

2.0G A/T

Semenanjung Malaysia

109,000.00

117,000.00

126,000.00

Sabah

111,066.77

119,018.43

127,991.62

Sarawak

111,066.77

119,018.43

127,991.62

Langkawi

84,692.06

90,102.35

96,385.22

Labuan

85,785.68

91,159.72

97,406.34

 

 

Harga atas jalan (RM) – Pendaftaran syarikat

Kawasan

 2.0E M/T

 2.0E A/T

 2.0G A/T

Peninsular Malaysia

109,632.00

117,632.00

126,632.00

Sabah

111,119.77

119,071.43

128,044.62

Sarawak

111,119.77

119,071.43

128,044.62

Langkawi

85,134.56

90,544.85

96,827.72

Labuan

85,838.68

91,212.72

97,459.34

*Harga atas jalan termasuk GST dan insurans

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *