Cub Prix

Penutup Cub Prix 2016 meriah

on

Mohd Akid Aziz, Mohd Shafiq Ezzariq dan Mohd Syarifuddin Azman mengesahkan gelaran selaku juara keseluruhan bagi kategori CP115, Wira dan Yamaha Petronas Super Series pada pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2016 yang berlangsung di Taiping, Perak, hari ini.

Dalam saingan CP115, Akid Aziz berjaya menjuarai perlumbaan terakhir musim 2016 sekaligus membawa pulang piala keempat buat pasukan PETRONAS Yamaha Maju Motor. Akid menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 15’35.25 saat dihadapan Azroy Hakeem Anuar (Givi Honda Yuzy Racing) manakala rakan sepasukan Akid, Md Haziq Fairues di tempat ketiga.

Sah juara keseluruhan dengan 151 mata, Akid menghadiahkan gelaran keempat buat pasukannya Yamaha Maju Motor yang telah mendominasi saingan CP130 melalui Kasma Daniel Kasmayudin serta menggondol Anugerah Berpasukan dalam kategori CP130 dan CP115.

wira-overall-from-left-helmi-shafiq-and-qhuwarismi
Dalam kategori Wira, Shafiq Ezzariq mengesahkan gelaran selaku juara keseluruhan sekalipun sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima. Kejayaan Shafiq merupakan kejuaraan kali ketiga berturut-turut buat pasukan Idemitsu Kozi Yam Honda Racing selepas Khairul Idham Pawi muncul juara pada tahun 2014 dan diikuti Harith Farhan Baharin pada musim lepas.
fb_img_1479644850454
Dalam kategori Yamaha Petronas Super Series pula, kemenangan kali keempat berturut turut oleh Mohd Syarifuddin Azman telah mematerai kejuaraan kelas kemasukan ini dengan jumlah keseluruhan 171 mata diikuti Mohd Alif Asraf Tahiruddin dan Md Fadli Shah Reduan ketiga keseluruhan setelah tamat di tempat kelima.

Tahniah kepada semua yang mengambil bahagian dalam kejuaraan musim 2016 ini. Perlumbaan terakhir musim 2016 ini telah melabuhkan tirai dengan kunjungan kira-kira 60,000 pengunjung. Siri kejuaraan motosikal kebangsaan ini dijangka akan memulakan musim 2017 pada bulan Mac nanti.

Keputusan Pusingan 10 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2016

CP130

Perlumbaan akhir:
1. Ahmad Afif Amran (TRG) Yamaha 18’27.321s
2. Md Zaqhwan Zaidi (SGR) Honda 18’28.537s
3. Abd Muhaimin Roslan (SGR) Yamaha 18’34.219s
4. Ahmad Fazrul Sham (PRK) Yamaha 18’43.588s

5. Norizman Ismail (SGR) Honda 18’45.942s

Kedudukan keseluruhan:
1. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) Yamaha 178 mata
2. Ahmad Fazli Sham (PRK) Yamaha 136 mata
3. Norizman Ismail (SGR) Honda 108 mata
4. Md Zaqhwan Zaidi (SGR) Honda 103 mata

5. Ahmad Afif Amran (TRG) Yamaha 100 mata

CP115
Perlumbaan akhir:
1. Md Akid Aziz (KUL) Yamaha 15’35.252s
2. Azroy Hakeem Anuar (KUL) Honda 15’38.205s
3. Md Haziq Md Fairues (SGR) Yamaha 15’55.336s
4. Tengku Amirul Haffirudiin (TRG) Yamaha 16’03.686s

5. Md Hafieenaz Md Ali (PRK) Yamaha 16’06.841s

Kedudukan keseluruhan:
1. Md Akid Aziz (Kul) Yamaha 151 mata
2. Md Haziq Md Fairues (SGR) Yamaha 124 mata
3. Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Yamaha 121 mata
4. Azroy Hakeem Anuar (KUL) Honda 112 mata
5. Ahmad Syukran Aizat (TRG) Yamaha 94 mata
WIRA
Perlumbaan akhir:
1. Md Qhuwarismi Md Nasir (PNG) Yamaha 12’56.030s
2. Saiful Azhary Muhamad (JHR) Honda 12’57.904s
3. Md Ibrahim Md Norrodin (JHR) Yamaha 13’00.311s
4. Md Helmi Azman (SGR) Yamaha 13’09.366s

5. Md Shafiq Ezzariq (SGR) Honda 13’14.458s

Kedudukan keseluruhan:
1. Md Shafiq Ezzariq (SGR) Honda 187 mata
2. Md Helmi Azman (SGR) Yamaha 166 mata
3. Md Qhuwarismi Md Nasir (PNG) 128 mata
4. Saiful Azhary Muhamad (JHR) Honda 112 mata
5. Md Amirul Arif Ramlee (JHR) 98 mata

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *