Berita Global

Bentuk Toyota Camry 2018 lebih sporty

on

Bentuk Toyota  Camry 2018 didedahkan semasa majlis persembahan kereta perlumbaan NASCAR Toyota Camry.

camry-nascar

http://www.carscoops.com/2016/11/future-cars-2018-toyota-camry.html

Semasa kereta perlumbaan NASCAR Toyota Camry dipersembahkan kepada umum baru-baru ini, ia menjadi satu persoalan kepada peminat utomotif apabila kereta Camry NASCAR tersebut tidak mempunyai persamaan dengan bentuk Camry yang sedia ada, menyebabkan ada yang beranggapan bahawa Camry NASCAR tersebut berasaskan kepada model Camry 2018.

Camry 2018 yang didedahkan oleh satu laman internet automotif Carscoop menunjukkan bentuknya yang lebih sporty dengan rekabentuk bahagian hadapan menyerupai Lexus.

Camry 2018 akan menggunakan platform terbaru Toyota yang dipanggil New Global Architecture (TNGA) yang juga digunakan oleh Prius dan C-HR. Berbeza dengan Prius dan C-HR, Camry 2018 direkabentuk lebih lebar dan dengan pusat gravity yang lebih rendah. Platform TNGA juga merupakan satu platform yang lebih ringan kerana menggunakan beberapa komponen aluminium.

Pada bahagian enjinnya pula, enjin yang sedia ada sekarang mungkin akan digunakan juga pada Camry 2018, tetapi dengan penambahan enjin baharu 2.0 liter turbo 4-silinder yang digabungkan dengan transmisi 8-kelajuan automatik.

Jika Toyota meluluskan pengeluaran Camry TRD, sudah tentu ia akan menggunakan rim yang lebih besar dan lebar, sistem suspensi yang lebih keras dan brek cakera yang lebih besar, mungkin dengan enjin 3.5 liter V6 300hp yang digabungkan dengan transmisi 8-kelajuan automatik bersama teknologi Start Stop.

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *