Berita Global

Stesen minyak PTT benar pesawah jual beras

on

Syarikat minyak Thailand, PTT Public Company akan membenarkan semua petani di Thailand untuk menjual beras mereka terus ke pembeli di semua stesen minyak mereka.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden PTT, Thewin Wongwanich, pihak PTT sudah bersedia untuk menyokong usaha kerajaan dalam membantu pesawah padi dalam kejatuhan harga beras.

PTT akan membantu menjual beras tersebut kepada kakitangan mereka, pegawa-pegawai kerajaan dan orang awam.

Jualan secara langsung ini akan memberikan keuntungan yang lebih kepada pesawah kerana ketiadaan peraih atau orang tengah.

Sementara itu, harga bahan bakar PTT di Bangkok pula untuk hari ini ialah seperti berikut:

  • Petrol RON 95    : Thai Baht 31.96 (RM3.83) seliter
  • Petrol RON 91     : Thai Baht 24.58 (RM2.94) seliter
  • Gasohol RON95  : Thai Baht 24.85 (RM2.97) seliter
  • Gasohol E20        : Thai Baht 22.34 (RM2.67) seliter
  • Gasohol R85        : Thai Baht 17.99 (RM2.15) seliter
  • Diesel                    : Thai Baht 23.29 (RM2.78) seliter

Gasohol ialah campuran petrol (90 peratus) dan ethanol (10 peratus). Ia juga dikenali sebagai bahan bakar E10.

Ethanol di Thailand didapati dari sumber pertanian seperti sawit, kelapa, tebu dan lain-lain jenis tanaman. Ini membantu sektor pertanian di Thailand kerana meningkatkan permintaan hasil pertanian mereka.

Kebanyakan kenderaan yang dijual di Thailand sejak 10 tahun lalu boleh menggunakan gasohol tanpa was-was.

Namun begitu, untuk kita di Malaysia yang melawat ke Thailand, pastikan kereta anda mampu menerima gasohol sebelum menggunakannya.

Ini ialah kerana talaan enjin dan jenis penyuntik (injector) untuk enjin yang mampu menggunakan gasohol berbeza. Di Malaysia, tidak ada gasohol, kerana itu syarikat kenderaan tidak menggunakan spesifikasi tersebut.

Cara untuk mengetahui samada kenderaan anda boleh menggunakan gasohol ialah dengan membuka buku panduan pemilik atau manual book dan periksa jenis bahan bakar yang boleh digunakan.

Kepada yang kurang rajin, pasti akan menghantar mesej kepada kami untuk bertanya.

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *