Gebang Abang Long

Motosikal baharu, penunggang baharu

on

Keinginan untuk lebih kuasa dan kelajuan memang tiada berpenghujung, dan pengeluar motosikal menyedari hakikat ini. Model motosikal semakin banyak dan kian menarik, lebih ringan dan berkuasa, namun begitu ia nya juga menjadi semakin selamat dengan penggunaan teknologi terkini.

Kehadiran motosikal baharu akan dituruti dengan pemilik baharu, dan kesan domino kan turun ke penunggang yang menaik taraf tunggangan mereka, sehinggalah kepada penunggang baharu yang membeli basikal pertama mereka, tak kiralah samada motosikal baharu mahupun terpakai.

Kesemua ini akan menyebabkan pertambahan bilangan motosikal di jalan raya. Banyak yang telah diperkatakan tentang keprihatinan terhadap hak dan keperluan penunggang, seperti menurunkan duti dan eksais untuk motosikal yang diimport, serta penghapusan cukai untuk peralatan perlindungan yang akan menyebabkan harganya yang lebih rendah.

Malangnya, kesemua keperluan ini tidak akan dipedulikan apabila statistik kematian dalam kemalangan jalan raya terus dikuasai oleh kemalangan yang berkaitan motosikal. Pembinaan lorong motosikal di lebuh raya dikatakan mampu membantu mengurangkan jumlah kemalangan, tetapi ia akan mengenepikan keseronokan dalam bermotosikal, lalu memaksa mereka yang gemarkan kelajuan untuk menunggang laju di jalan persekutuan yang sibuk dan meningkatkan risiko mereka dan juga pengguna jalanraya lain. Kaji saja bilangan kemalangan di jalan persekutuan dan negeri berbanding dengan lebuh raya. Dan seperti yang telah banyak dibincangkan sebelum ini, tiada angka yang khusus dan berasingan bagi menunjukkan bilangan kemalangan motosikal yang sebenarnya disebabkan oleh kenderaan lain dan pengguna jalan raya lain, termasuklah haiwan.

Sebagai penunggang motosikal, kita tentu tahu bahawa ramai yang mengalami kemalangan disebabkan mengelak dari pemanduan berbahaya oleh pengguna jalanraya lain, namun penunggang motosikal tetap dipersalahkan. Bagi mereka yang maut dalam kemalangan seperti ini, mungkin pesalah sebenar terlepas begitu sahaja, dan kecuaian penunggang motosikal akan dijadikan sebab mudah untuk menutup kertas siasatan memandangkan tiada siapa yang ingin tampil bagi menceritakan kisah sebenar.
Begitu malang sekali.

Recommended for you

3 Comments

  1. faris aiman

    Oct 7, 2016 at 3:26 pm

  2. farizY

    Oct 7, 2016 at 4:07 pm

    Siasatan terperinci wajib dilaksanakan. Tapi di Malaysia ni, ade ke macam tu? Kita sudah berpuas hati dengan setakat mengatakan, dah nak kena, nak macam mana, dah ajal. Mentaliti ini perlu diubah.

  3. azrai

    Oct 7, 2016 at 4:21 pm

    Bagi saya penunggang motosikal perlu lebih berhati-hati. Selalu saja kita denganr penunggang motosikal menyalahkan kenderaan yang lebih besar, tapi apa gunanya kalau tidak bersalah jika kemalangan sebabkan kecederaan kepada kita, kecacatan kekal, hilang upaya taua kematian? Sikap bertimbang rasa dan toleransi adalah lebih penting. Adakah berbaloi mempertahankan yang kita ni jalan betul tapi disebabkan lori salah kita tidak mengelak atau buat tak tahu sahaja?
    Kereta atau lori kalau kemalangan kecil hanya kerosakan pada kenderaan yang mana boleh diganti. Tapi penunggang motosikal? Kemalangan kecil pun sudah luka-luka badan.
    Sepanjang pengalaman saya di jalan raya ada banyak sikap yang tak sepatutnya dilakukan oleh penunggang motosikal:-
    1. Confirm tak mahu berhenti bila lampu isyarat merah, terutamnya waktu hujan atau jam.
    2. Tidak memberi isyarat jika mahu menukar lorong atau masuk ke simpang.
    3. Tidak langsung melihat kenderaan di belakang atau keadaan sekeliling dan selalunya macam khayal.
    4. Kalau di lintasan zebra, confirm tak berhenti. Kalau ada kereta di depan berhenti mereka akan hon dan marah pemandu kereta tersebut.
    5. Mencelah-celah sedangkan kenderaan besar lori dan bas tidak langsung nampak mereka.
    6. menunggang terlalu laju di antara 2 kenderaan yang boleh akibatkan kemalangan jika berlaku sesuatu secara spontan.
    7. Jarang nak bagi jalan pada kenderaan lain yang telah memberikan signal. Sekiranya pemandu kenderaan lain signal ke kiri untuk belok ke kiri, confirm penunggan motosikal ni akan potong di sebelah kiri. Begitu jugalah halnya jika di sebelah kanan.
    Saya hari-hari berhadapan dengan penunggang seperti ini dan jumlahnya amat banyak. Saya akan lebih berhati2. Tahu kenapa? Saya bukan risaukan penunggang motosikal ni tapi saya risaukan tanggungan mereka yang berada di rumah tu. Sekiranya berlaku apa2 kepada penunggang motosikal ni ingatlah keluarga anda di rumah yang memerlukan anda untuk menyuap mulut mereka. Inilah yang paling mereka kena ingat. Amanah-amanah daripada Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *