Hezeri Samsuri

Jurnal 8 – Tragedi go-kart di Kuantan – salah kerajaan?

on

Bismillahirrohmanirrohim.

Saya mengaku.
Saya memang seorang yang penakut.

Kerana itu, sebelum saya memandu, saya amalkan tabiat berjalan di sekitar kenderaan untuk memeriksa tayar dan keadaan fizikal kenderaan.

Saya periksa motosikal, helmet, sarung tangan, tayar dan brek sebelum saya menunggang.

Saya pastikan palang penghadang pada tempat duduk roller-coaster saya tidak mampu terbuka.

Saya pastikan alatan bantuan seperti pam elektrik, tayar simpanan dan komponen alatganti trak saya dalam keadaan baik sebelum meredah hutan dan sungai.

Kerana terlalu takut, saya pecahkan tabung untuk membeli kompresor udara di rumah agar tekanan udara dalam tayar kenderaan saya sentiasa dalam keadaan optimum, supaya selekoh-selekoh boleh diambil dengan lebih selamat.

Dan ketika saya melakukan terjunan bungee di Afrika Selatan dahulu, saya bertanyakan kepada operator di situ berapa tali bungee yang digunakan dan adakah kedua-duanya telah ditukar kepada yang baharu. Sampai naik meluat operator itu.

Cabaran menunggang 1,500 km di Colombia.

Cabaran menunggang 1,500 km di Colombia.

 

Sifat penakut saya terbawa-bawa ke Colombia tempoh hari, di mana setiap hari saya memeriksa keadaan motosikal dan keadaan cuaca, agar ikhtiar saya itu dibalas Allah dengan memberikan saya laluan yang selamat dalam ekspedisi yang sangat mencabar itu.

Perasaan takut bukanlah sesuatu yang buruk. Malah, sekiranya anda mengadakan acara sukan bermotor atau motorsport, anda sepatutnya berfikir apakah yang paling buruk boleh berlaku, dan bagaimana ikhtiar anda untuk mengatasinya kerana risiko yang anda hadapi bukan setakat kehilangan wang ringgit, tetapi nyawa manusia.

Sayangnya, dalam banyak kes, nyawa diketepikan. Sikap “Insya Allah semua okay” digunakan terlalu kerap sehingga kita lupa, maksud ungkapan nama Allah itu bermakna kita berjanji denganNya untuk berusaha dan berikhtiar sebaik mungkin.

14441209_1109242532501580_6080318796975747151_n

Gambar diambil dari laman sosial WhatsApp.

 

Kejadian go-kart semalam di Kuantan semasa Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan (EIMARace) 2016 semalam di Indera Mahkota, Kuantan mengingatkan saya kepada peristiwa drag-race di Putrajaya beberapa tahun lalu.

Kepada rakan-rakan rapat, pasti anda ingat bagaimana saya diugut oleh seorang individu kerana saya terlalu lantang mengecam kejadian tersebut. Sampaikan saya terpaksa membuat laporan polis.

Sama juga dengan tragedi semalam. Memang saya meroyan, baik di media sosial, mahupun di dalam perbualan bersama rakan-rakan di WhatsApp ; tetapi saya meroyan kerana bersebab – sebab saya tidak mahu ia berlaku lagi.

Kejadian di EIMARace pada pendapat saya lebih teruk dari kejadian di dragrace Putrajaya kerana dua nyawa yang terkorban dan sebagai seorang ayah kepada empat orang anak, rasa sedih dan hiba mengenangkan anak yang tidak tahu apa-apa itu meninggal dunia kerana kecederaan serius.

Sayang sekali, kenyataan akhbar UTM yang saya baca menampakkan bahawa pihak universiti ini masih kurang faham betapa sensitif dan seriusnya isu ini.  Sebaliknya, UTM berkali-kali menekankan keadaan litar dan keselamatannya telah disahkan oleh pihak MAM dan juga kegagalan Rela untuk mengawal orang ramai.

Mungkin saya perlu berkongsi informasi sedikit kepada tuan Profesor.

Dalam apa kejadian sekalipun, tuan tanah yang perlu bertanggung-jawab. Tindakan “blame shifting” yang dilakukan pada pendapat saya adalah satu tindakan refleks yang murahan dan tidak sepatutnya terbit dari sebuah universiti yang antara tersohor di negara.

Mungkin latihan dalam Public Relation kurang dan mungkin ia satu tindakan knee-jerk reaction namun begitu, seorang yang memegang pangkat yang tinggi di dalam hieraki masyarakat sepatutnya mampu berfikir dengan lebih baik berbanding dengan seorang wartawan cabuk.

 

img_0981

 

Apa pun, saya tidak langsung mahu menuding jari tetapi mari kita kaji fakta-fakta yang saya dapat kumpulkan dari rakan-rakan lain, sumber-sumber dalaman dan juga dari acara itu sendiri.

  • Nama acara: Educational Innovation of Motorsports and Automotive Race 2016 (EIMARace 2016)
  • Penganjur: Malaysia-Japan International Institute of Technology, Universiti Teknologi Malaysia International Campus, Jalan Sultan Yahya Petra, Kuala Lumpur
  • Disahkan oleh Motorsport Association of Malaysia (MAM), Sepang International Circuit
  • Jenis acara: Perlumbaan kenderaan yang direka dan dibina oleh pelajar untuk tujuan pendidikan
  • Status peserta – Kelab dengan jemputan
  • Penaja utama acara – Kerajaan Pahang (RM100,000), Tourism Pahang (RM50,000), kerajaan Malaysia (RM200,000), Modenas (dua buah enjin sebagai hadiah)
  • Yayasan Makmur menjadi event organiser acara tersebut
  • Acara tersebut tidak perlu pengesahan AAM kerana MAM diberikan pengiktirafan sebagai badan yang boleh mengesahkan aktiviti motorsports pada peringkat grassroots.
  • Acara lengkap dengan insuran minima yang akan melindungi pengunjung
  • MAM menggunakan khidmat pegawai-pegawai keselamtan litar yang berpengalaman (Formula1, MotoGP, etc)

14484900_10154234555179342_1279096839774895031_n

  • Atas desakan MAM kerana faktor keselamatan, pihak penganjur mengubah litar sebanyak tiga kali sehingga MAM berpuas hati
  • Pihak penganjur berjanji untuk memastikan kawasan-kawasan tertentu ditutup untuk orang ramai.
  • Pihak penganjur berjanji untuk menyediakan lebih banyak penghadang air.
  • Pihak penganjur berjanji untuk menyediakan lebih ramai anggota Rela
  • Pihak penganjur berjanji untuk mengalihkan kenderaan-kenderaan awam yang diletakkan terlalu hampir dengan litar.
  • Sehari sebelum itu, satu kemalangan berlaku di mana pelumba cedera kerana terbabas dan melanggar kenderaan yang diletakan berhampiran litar (lihat video tersebut di Facebook Careta)
  • Penghadang air atau water barrier dibenarkan untuk digunakan dalam acara ini, mungkin kerana faktor kos
  • Beberapa penghadang air dibiarkan kosong di beberapa kawasan untuk memudahkan penganjur menarik kenderaan rosak keluar dari litar.
  • Pada hari kejadian, orang awam dapat masuk ke kawasan tragedi melalui lorong lain dan tidak menghiraukan tali pita keselamatan yang direntangkan

14492556_1109243759168124_4570323120273303419_n

  • Orang awam berada di kawasan tragedi sebelum kemalangan berlaku
  • Perlumbaan tetap diteruskan walaupun orang ramai sudah berada di kawasan larangan dan berisiko tinggi
  • Tiga kenderaan lumba bergesel antara satu sama lain dan satu hilang kawalan dan meluncur keluar menghala ke tempat mangsa-mangsa sedang menonton (video juga ada di Facebook Careta)
  • Perlumbaan EIMARace ini bukan dianjurkan pertama kali dan selama ini tiada kes kemalangan besar yang terjadi.
  • Walaupun kenderaan yang dilumbakan bergerak perlahan, ia masih merbahaya untuk penonton.
  • Perlumbaan yang dilakukan di dalam litar sebenar lebih terjamin keselamatan penonton.
  • Kos untuk membuat perlumbaan di jalan awam sebenarnya jauh lebih tinggi dari kos penganjuran perlumbaan di litar.
  • Perlumbaan EIMARace kali ini dianjurkan di Pahang sempena sambutan Visit Pahang Year 2017 yang nampaknya hanya mendapat publisiti kuat di dalam negeri Pahang, oleh penduduk Pahang sendiri, yang mungkin sudah puas melawat negeri itu pun. Maaf, itu perasan saya warga Pahang yang sudah mempromosikan negeri saya ini bertahun-tahun lamanya.

Itu antara fakta-fakta yang saya dapat dari selidikan dan informasi yang diberikan dari sumber-sumber yang saya percaya.

Selain dari keluarga mangsa yang bakal akan menerima kesan dari tragedi ini, peminat-peminat motorsports negara juga telah menerima bahananya juga.

Saya dapat tahu sekurang-kurangnya satu acara motorsports sudah pun dibatalkan kerana takut tragedi sama akan berulang. Saya tidak akan terkejut jika ramai lagi penganjur dan pihak agensi lain membatalkan tajaan untuk acara-acara motorsports yang lain atas alasan merbahaya.

Well get this my friends, motorsport IS dangerous  dan kerana itu rasa takut itu sangat penting kerana ia memastikan aspek-aspek keselamatan diambil berat.

sangat menyedihkan apabila kita boleh lakukan sesuatu untuk mengelakan kematian seperti ini dari berlaku.

Jenazah mangsa di masjid semalam sebelum dikebumikan. Sangat menyedihkan apabila kita boleh cuba lebih baik untuk menghalang tragedi ini dari berlaku.

 

Seperti apa yang rakan saya Hisham Redbaron (penganjur sukan rali dan pelbagai acara motorsport) kongsikan, setiap pemandu atau penunggang di dalam perlumbaan tahu akan risiko yang dihadapi. Kerana itu, mereka lengkap dengan helmet, sarung tangan, balaclava, but dan sut kalis api. Kenderaan pula siap dengan rollcage dan pemadam api. Tetapi, penonton tidak akan faham risikonya kerana bukan mereka yang berlumba.

Kerana itu, pihak penganjur yang MESTI memikirkan risiko keselamatan penonton!

Ada juga rakan-rakan saya yang berpendapat, MAM tidak begitu tegas seperti AAM. Saya sendiri pada awalnya berfikiran yang sama kerana dari pengalaman saya, AAM akan membatalkan terus perlumbaan sekiranya ada sekelumit risiko.

Tindakan MAM untuk tidak begitu sekeras AAM mempunyai sebab yang sangat logik – sekiranya undang-undang dilakukan dengan ketat, kos penganjuran akan meningkat dan ini pastinya akan membunuh perkembangan sukan permotoran taraf grassroot negara (grassroot ialah taraf kemasukan atau entry level di mana kos kemasukan dan kos ubahsuai kenderaan jauh lebih rendah).

MAM mempunyai KPI atau objektif di mana ia mahu melihat perkembangan sukan permotoran negara berkembang, dan untuk itu, acara-acara grassroot perlu wujud. Itupun, selepas kejadian di Putrajaya, MAM sudah mengharamkan sukan drag di jalanraya awam. Sayangnya, Menteri Wilayah Persekutuan mungkin menganggap sukan permotoran ini tiada badan kawalan, dan kerana itu beliau sendiri yang membenarkan sukan drag super car di Dataran Merdeka bulan lalu tanpa perlu disahkan oleh AAM ataupun MAM.

Tuan Menteri, esok saya pacak gerai menjual goreng pisang di depan Dataran Merdeka, dengan alasan saya pun tidak tahu ada kawalan mengenai tempat untuk berniaga. Kepimpinan melalui tauladan bukan?

Yamaha PETRONAS Super Series

Jika kita mahukan standard yang tinggi seperti penganjuran sukan cub prix, kita perlu mencari penganjur yang besar dan kaya (siapa lagi jika bukan PETRONAS) dan ini sangat sukar. Cuba tanyakan kepada rakan kita di Safe Aim Mutual (SAM) yang telah bertahun-tahun menganjurkan perlumbaan cub prix peringkat kebangsaan yang disahkan oleh AAM.  Tahukah anda berapa kos untuk mengadakan satu pusingan perlumbaan cub prix?

Jutaan RM.

Dan kerana itu keselamatan penonton lebih terjaga, acara dilakukan dengan teratur dan laporan media lengkap (walaupun keselamatan pelumba masih belum sempurna sepenuhnya).

Sekiranya kita mahukan acara motorsports negara berkembang dengan baik, hanya ada satu jalan terbaik yang boleh kita cadangkan – pembinaan lebih banyak litar-litar komuniti di setiap negeri-negeri.

Pihak kerajaan sebenarnya perlu ada rasa takut agar nyawa rakyat tidak lagi melayang kerana penganjuran acara sukan bermotor yang tidak cukup sifat kerana kekangan kos.

Tetapi jangan pula kerajaan ambil jalan ringkas – tidak boleh dikawal, kita haramkan terus perkara itu. Contohnya tidak boleh kawal kes ragut, kita haramkan motosikal di bandar. Itu pemikiran orang yang putus harapan atau pemalas.

Sukan permotoran sudah terbukti menghasilkan ramai bakat-bakat yang mengharumkan nama negara. Ia juga membantu mengurangkan gejala lumba haram (Litar Pasir Gudang pernah menjalankan kajian bersama polis trafik Johor Bahru dan ternyata jumlah perlumbaan haram menurun bila litar dibuka untuk semua) dan di dalam kes ini, acara motorsport boleh dilakukan di dalam kawasan yang tertutup agar risiko dikurangkan dan kos diturunkan.

Setiap kali saya berpeluang berjumpa dengan Menteri di Kementerian Belia dan Sukan, soalan saya tetap sama – bila YB mahu bina litar-litar komuniti?

Jawapan saya terima, tetap sama – kos yang tinggi, kerajaan negeri perlu berikan tanah dan “Ya cadangan yang bagus Hezeri, akan difikirkan”.

Dua nyawa anak beranak sudah melayang. Masih mahu berfikir ke YB?

Sukan permotoran antara universiti sudah banyak kali dilakukan dengan selamat di litar lumba.

Sukan permotoran antara universiti sudah banyak kali diadakan dengan selamat di litar lumba.

Recommended for you

13 Comments

  1. say who?

    Sep 27, 2016 at 7:14 am

    Lantang dan logik.

    • Cae

      Sep 27, 2016 at 9:45 am

      Salam takziah for the whole family.

      Safety..
      More concern are all of the driver competence or well trained by experts for racing atmosphere?
      Unsafe condition at site like are they come out with risk assessment with identify every control measure hazard at the circuit from public, racer, organizer and so on.
      Anyway u have put all the words on right place, not to banned this sports but to try to overcome all the weaknesses together by educate not banned.

      #keepitsafe

  2. Amri

    Sep 27, 2016 at 8:48 am

    Mungkin term Go Kart tidak sesuai utk di gunakan. Takut di salah erti kerana struktur go kart adalah berbeza dan saya rasa lebih sesuai di panggil Formula Student.

    Event Go Kart dijalankan lebih patuh keselamatan. Dan ini akan menjejas imej perlumbaan Go Kart

  3. Din mahmud

    Sep 27, 2016 at 9:38 am

    Well said. Segalanya berlandaskan FAKTA yang jelas.

  4. Dzuladha

    Sep 27, 2016 at 11:35 am

    terima kasih Mr Hazeri, lama tak bace report journalist yg genuine.

  5. menteri bauksit

    Sep 27, 2016 at 11:39 am

    pahang dah ada litar gokart kekal di taman tasik pekan
    grassroot race wajib buat di litar kekal utk kurangkan risiko

  6. the stik

    Sep 27, 2016 at 12:05 pm

    safety dan kita umpama zizan razak dan emma maembong, bersungguh sungguh bila berputik je, time hambar org buat ttau terus lemau.
    siti nurhaliza ngan dato k jugak steady!

  7. beruangkutub

    Sep 27, 2016 at 3:36 pm

    terbaik hezeri… you deserve my salute!

  8. Shahrol superman

    Sep 27, 2016 at 3:47 pm

    Satu artikel yg sangat logik dan berasas Hazeri….tak tau la kalau byk lagi pihak yg tak boleh buka mata.

  9. Radiomuseum

    Sep 27, 2016 at 8:14 pm

    Sukan pada peringkat grassrot xperlu kepada kehadiran penonton. Ini akan membahayakan penonton.Xperlu meriah mcm sukan lain. Ckpdgn kehadiran kru2 pasukan. Yg paling penting penganjuran selalu diadakan.

  10. Boygurl

    Sep 27, 2016 at 10:25 pm

    Mereka yg berada dekat atas takkan mampu memahami kita yg dibawah. Begitu juga kita, kita x mampu memahami mereka yg diatas. Yg mampu hanya salah menyalahi antara 1 sama lain.

  11. Aiman

    Sep 28, 2016 at 11:51 am

    Ini lah akibat kalau tidak menghiraukan amaran larangan masuk ke kawasan tertentu. Nasi sudah menjadi bubur. Bagi saya ini adalah salah penganjur dan salah pengunjung juga. Memang seronok dapat melihat acara perlumbaan dengan lebih dekat tapi kalau berlaku kemalangan macam ni seronok lagi ke?? Degil tak bertempat

  12. faris aiman

    Sep 28, 2016 at 5:38 pm

    Maut tidak mengenal usia atau penonton atau pemandu…. http://www.gerobokbuku.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *