Gebang Abang Long

Gebang panjang Yamaha FZ150i

on

Hari ni Abg Long terasa nak gebang panjang sikit pasal Yamaha FZ150i yang telah Abg Long gunakan selama lebih setahun. Motosikal kegemaran ramai ini banyak digunakan oleh pengguna Malaysia untuk kegunaan am seperti pergi dan balik ke tempat kerja, tanpa menghadapi masalah besar.

Seperti yang umum ketahui, penggantian beransur-ansur motosikal dua lejang dengan jentera empat lejang yang lebih mesra alam merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Semakin hari semakin kurang mesin fogging nyamuk sebegini kelihatan di jalanraya. Malah ada yang sudah lupa bau wangi R40….Motosikal dua lejang sedang beransur-ansur dikurangkan dan akan ditamatkan pengeluarannya tak lama lagi, dan pelbagai model baharu empat lejang sedang diperkenalkan sebagai pengganti. Walaupun umumnya motosikal empat lejang lebih mahal untuk dihasilkan, namun kemajuan dalam teknologi, pengeluaran besar-besaran dan pemasangan tempatan telah membolehkan kos pengeluaran direndahkan sekaligus menawarkan harga jualan yang berpatutan.

20140523_104954

Di Malaysia, FZ150 mula diperkenalkan pada bulan Januari 2008 dan dipasang di kilang Hong Leong Yamaha Motor (HLYM  ) di Sungai Buloh, Selangor. Hong Leong Yamaha Motor kemudiannya telah melancarkan model FZ150i baharu pada bulan April 2014 sebagai motosikal 150cc suntikan bahanapi yang pertama dipasang di dalam negara. Ia dikuasai enjin yang dinaik taraf untuk menghasilkan 16.5 kuasa kuda dengan 14.5 nm tork. Enjin SOHC 4-injap baharu telah dibangunkan dengan sistem suntikan bahan api dikawal ECU yang mampu menentukan campuran bahan api-udara optimum untuk penghantaran kuasa maksimum, dengan satu sensor oksigen ditambah pada paip kepala ekzos. Enjin sejukan cecair ini telah dibangunkan dengan menggunakan omboh ringan tempaan bagi mengurangkan getaran, lapisan dalam silinder DiASil untuk meningkatkan peresapan haba dan pengurangan berat. Rawatan permukaan unik DiASil juga mengurangkan pemindahan minyak dari silinder, sekali gus mengurangkan penggunaan minyak. Enjin baharu ini disokong bingkai keluli kotak-delta (delta-box) yang telah diimbang secara optimum untuk ketegaran menegak, sisi dan kilasan bagi mendapatkan kestabilan perjalanan, perjalanan yang selesa dan keupayaan pengendalian. Ciri-ciri dinamik lain termasuklah brek cakera dwi-angkup untuk ketepatan dan keselamatan, roda tetuang yang kukuh dan sporty, dan bateri bebas-selenggaraan. Ia juga dilengkapi dengan suspensi monocross yang direka untuk semua jenis keperluan jalan.

20140523_104737 20140523_104657 20140523_104649

Setelah dua tahun dikeluarkan, nyata model yang juga dikenali sebagai Yamaha V-Ixion Lightning di Indonesia ini mendapat sambutan baik rakyat Malaysia sebagai sebuah motosikal yang terbukti lasak dan menjimatkan untuk kegunaan harian. AAAASalah sebuah FZ150i yang dijumpai di Pasir Mas Kelantan

Ada juga pemilik yang telah mengubahsuai motosikal mereka dengan tambahan pelindung atau fairing sisi yang diimport dari negara jiran. Tidak kurang juga yang menambah aksesori tambahan seperti kotak penyimpanan dan juga madgad bagi kegunaan lebih praktikal sebagai sebuah motosikal kembara untuk perjalanan jauh sepert yang dilakukan oleh Nazrullah bin Kawi dari Kuching, Sarawak.

Jpeg   

Kemampuan jarak jauhnya memang tidak disangkal, apatah lagi seperti yang sedang diharungi oleh seorang penunggang wanita iaitu Anita Yusof.  Anita merupakan seorang pensyarah yang sedang dalam perjalanan Golden Dream Ride-nya mengelilingi dunia secara solo dengan sebuah FZ150i. (Baca salah satu perkembangannya di sini). Beliau telah berjaya mengharungi benua Amerika Utara dan juga Amerika Selatan dengan FZ150i nya sebelum ini. Kisah penuh beliau akan kami paparkan untuk tatapan anda kelak.Anita Yusof di Grand Canyon, Amerika

Jalan di Argentina yang mencabar kelasakan jentera dan penunggang Sampai di tierra del Fuego, Argentina Sekitar Argentina

Bagi yang berkira untuk menaiktaraf motosikal anda dari sebuah kapcai, bolehlah mempertimbangkan Yamaha FZ150i ini sebagai salah satu pilihan yang bijak. Terbaik dalam kelasnya setakat ini, jentera naked 150cc suntikan bahanapi ini sememangnya menjanjikan perjalanan yang selesa dan menjimatkan dan tidak bermasalah walaupun setelah setahun kami sendiri mencubanya dalam pelbagai keadaan tunggangan.

Yamaha FZ 150i
Enjin 150 cc, cecair disejukkan 4 lejang, SOHC, silinder tunggal
Transmisi 5-kelajuan klac berbilang-plat
Suspensi depan    -teleskopik
Suspensi belakang    -monocross
Tayar depan     -2,75-17 M / C 41P
Tayar belakang    -90 / 90-17 M / C 49P
Tapak roda     1282 mm
Ukuran Panjang:     2000 mm
Lebar:         705 mm
tinggi:         1035 mm
Ketinggian tempat duduk 760 mm
kapasiti bahan api 12 liter

Recommended for you

1 Comment

  1. Razam

    Sep 3, 2016 at 4:21 pm

    Artikel yang baik, cuma maklumat tu kena sahkan dulu.
    Hong Leong Yamaha lancar FZ150i pada 2008 bukan pada 2014. Dalam artikel sebut lancar versi FI pada 2014 sedangkan ia dah lancar pada 2008.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *