Berita Domestik

Tunggang Benelli TNT600s sejauh 5000 km

on

Dua anak muda bakal mencatatkan sejarah di dalam Malaysia Book Of Record(MBOR) penghujung Ogos ini apabila berhasrat untuk menunggang motosikal berkuasa tinggi berganti-ganti sejauh 5,000 kilometer (km).

Shaiful Azlan Ibrahim, 36 dan Muhammad Napi Mat Nawi 36, kedua-dua dari Kuala Lumpur akan menunggang motosikal Benelli TnT600s untuk mengelilingi semenanjung sejauh 5,000 km sekali gus mencatat sejarah pertama menunggang motosikal berganti-ganti yang dijadualkan bermula 27 Ogos

Benelli Malaysia selaku penaja utama untuk program ini turut diserta beberapa penaja lain bagi membantu melancarkan tungangan ini, antaranya Givi Asia – menyediakan peralatan untuk menunggang, Total Oil – menyediakan minyak enjin dan beberapa penaja lain.

Menurut Shaiful Azlan, beliau dan Muhammad Napi berhasrat untuk melakukan sesuatu yang bermakna sempena sambutan kemerdekaan ini dan telah berbincang sejak beberapa bulan yang lalu untuk mencapai impian ini.

“Kami berterima kasih kepada Benelli Malaysia dan Givi Asia kerana sudi menjadi penaja utama dan menyediakan peralatan dan beberapa kemudahan yang dilengkapkan di motosikal Benelli Tnt600s

Malah tunggangan bersejarah ini akan diiktiraf oleh MBOR selepas beberapa siri perbincangan Shaiful Azlan berkata, MBOR telah mencadangkan kepada kami agar dilakukan tunggangan 5000 km berganti-ganti itu selepas meneliti beberapa perkara sebelum ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan tajaan di Bilik Pameran Benelli Malaysia di sini. Program tersebut dijangka dilepaskan di Putrajaya dan seterusnya meneruskan perjalanan ke utara sebelum turun semula ke Pantai Timur dan menuju ke selatan dan berakhir di Dataran Merdeka. Shaiful Azlan, berkata tujuan untuk melakukan tunggangan ini adalah mahu membuktikan keupayaan anak muda Malaysia bahawa boleh melakukan sesautu yang bermakna sempena Bulan

Katanya, jika tiada sebarang masalah, kemungkinan besar beliau dan Muhammad Napi akan tiba di Kuala Lumpur menjelang malam tahun baru dan jika dibenarkan oleh penganjur perarakan kemerdekaan nanti, beliau dan rakannya serta motosikal yang digunakan sepanjang penjelajahan itu akan menyertai perarakan Hari Merdeka pada 31 Ogos nanti.

“Perancangan awal adalah sebegitu namun keputusan akhir bergantung kepada keputusan penganjur nanti,” katanya.

Beliau berkata, selain itu beliau juga berhasrat untuk melihat ketahanan motosikal yang akan ditunggang bersama Muhammad Napi sama ada mampu bertahan sepanjang perjalanan itu nanti.

Sementara itu, Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan, Komunikasi dan Hubungan Luar Benelli Malaysia, Wan Najib Wan Daud berkata, penajaan dua buah motosikal itu adalah sebagai penghargaan kepada dua anak muda yang mahu dan cuba untuk mencipta rekod.

“Benelli Malaysia amat berbangga kerana akan menjadi sebahagian dari sejarah ini selain dari mahu membuktikan ketahanan dan keupayaan motosikal tersebut mengharungi perjalanan jauh,” katanya.

Benelli Malaysia pernah melakukan tunggangan sejauh ke sempadan China pada penghujung dan awal tahun ini namun ia dilakukan dengan model motosikal yang lain dan Benelli TnT600s akan diuji keupayaan di tanah air sendiri.

Wan Najib berkata, Benelli Malaysia amat mengalu-alukan program sedemikian dan berharap Shaiful Azlan dan Muhammad Napi selamat pergi dan selamat balik.

Merdeka 1

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *