Uncategorized

Pandang trafik semasa menarik barang

on

Bagi pemandu yang menarik sesuatu di belakang atau mempunyai halangan untuk melihat trafik di belakang, keadaan ini ada kalanya agak menjengkelkan kerana terpaksa ‘berjudi’ untuk menukar laluan atau mengundurkan kenderaan tanpa mengetahui secara tepat apa dan di mana sesuatu objek berada.

Untuk tujuan itu, Land Rover sedang membangunkan sistem berkamera dan berteknologi canggih untuk membantu menjadikan keadaan lebih selamat dan mudah bukan sahaja bagi pemandu kenderaan itu sendiri malah juga pengguna jalan raya yang lain.

Memandangkan ia masih lagi adalah satu prototaip dan kajian masih dijalankan, harga serta cara untuk mendapatkannya masih belum disiarkan.

Saksikan dahulu bagaimana ia beroperasi dalam video yang dimuatnaik oleh Land Rover ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *