Uncategorized

‘Gorilla Glass’ pada kereta

on

Pernahkah anda terdengar tentang ‘Gorilla Glass’? Mungkin ya kerana lapisan cermin tahan calar yang dikeluarkan oleh Corning Inc. ini digunakan pada banyak telefon bimbit canggih masa kini. Dalam dunia automotif, berat sesebuah kenderaan memainkan peranan penting dan semakin teknologi berkembang, pengeluar kenderaan melihat kepada banyak kemungkinan lain untuk menjadikan kenderaan mereka serba ringan.

Gentian karbon (carbon fiber) sudah banyak dilihat mengganti panel badan dan bahagian kenderaan lain manakala aluminium tempa juga semakin luas penggunaannya. Tidak pernah cukup, bahagian lain juga diberikan perhatian untuk menjadikan kenderaan serba ringan termasuk cermin.

BMW_i8

BMW sudahpun menggunakan Gorilla Glass untuk kenderaan produksi mereka iaitu model i8 dan ini melihatkan pengurangan berat sebanyak 30 peratus berbanding berat cermin biasa dan dianggap sebagai satu kelebihan pada prestasi kenderaan tersebut.

Walaubagaimanapun, kos untuk menghasilkan Gorilla Glass sebenarnya adalah lebih tinggi berbanding proses konvensional ‘soda-glazing’ dan kini pengeluar kenderaan perlu mencari penyelesaian supaya kos dan kelebihannya lebih efektif dan berbaloi.

Selain BMW, Ford juga dikatakan giat mencari bahan baru untuk menjadikan kenderaan mereka lebih ringan dan mempunyai kemungkinan menggunakan ‘Gorilla Glass’ dari Corning Inc.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *