Uncategorized

Tiket MotoGP Malaysia bermula RM42.40

on

 

Tahun ini, MotoGP Malaysia memasuki edisi ke-25 penganjurannya. Bermula dari Litar Batu Tiga, Shah Alam pada tahun 1991, ia kini telah berkembang kepada satu acara penting dalam kalendar permotoran di Malaysia dengan perlumbaan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Jadi, bersempena dengan ulang tahun ke-25 ini, SIC telah merancang pelbagai aktiviti untuk memeriahkan lagi minggu perlumbaan pada 23 hingga 25 Oktober 2015 dengan antaranya seperti parti pra-ulang tahun, MotoGP, pertunjukan lagak ngeri, perlumbaan MiniGP untuk pelumba MotoGP, Pit Lane Walk untuk orang awam, sesi tanda tangan, Safety Car Ride, Grid Walk dan pelbagai lagi. Semasa di SIC juga, khemah jualan juga bertambah 30 peratus menjadi 108 khemah.

Motogp2015-tix-and-map

Tiket ada dijual di www.sepangcircuit.com dan jelajah jalanan yang akan diadakan oleh pasukan pemasaran SIC. Harganya adalah RM42.40 (C2 Hillstand), RM84.80 (F Grandstand), RM116.60 (K1 Grandstand) dan RM212 (Main Grandstand). Bagi yang ingin bebas memasuki mana-mana Grandstand, tiket Premier Roving RM318 boleh didapatkan. Ada juga tiket khas untuk peminat Rossi yang akan ditempatkan di K1 Grandstand pada harga RM169.60 dan Marquez di Diamond Zone Main Grandstand pada harga RM265.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *