Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata tangkapan itu dilakukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar ke rumah suspek.
"Semasa ditahan, polis turut merampas motosikal jenis digunakan ketika mempamerkan aksi berbahaya itu.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya pada Khamis.
Raiz Mukhliz berkata, suspek turut direman tiga hari bagi membantu siasatan.