RESPON CHERY MALAYSIA MENGENAI ISU TULAR OMODA 5

oleh Firdaus Razani|
Baru-baru ini tular di media sosial mengenai sebuah model SUV dari Chery iaitu Chery Omoda 5 mengalami isu pada gandar belakang ( rear axle) SUV tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Chery Auto Malaysia kini sudah menghubungi dan sedang berkomunikasi dengan pelanggan tersebut. Kenderaannya sudahpun dibawa ke pusat servis kami untuk pemeriksaan dan penyiasatan menyeluruh.

 

chery

 

Sebagai langkah proaktif dan selaras dengan protokol keselamatan, Chery Auto Malaysia kini sedang menghubungi pelanggan-pelanggan yang terbabit.

Bagi memberi ketenangan minda, para pelanggan yang khuatir boleh menempah temu janji di pusat servis terdekat untuk pemeriksaan rapi.

Pelanggan bagi semua kenderaan yang diperiksa akan menerima laporan penuh.

Talian Khidmat Pelanggan Chery Malaysia, yang boleh dihubungi di +603- 2771 7070, sedia menerima sebarang pertanyaan bagi menjamin keyakinan para pelanggan Chery dan OMODA.

Chery Auto Malaysia komited dalam menyediakan penyelesaian pengangkutan yang selamat dan boleh dipercayai.

Chery turut berdedikasi untuk memastikan semua kenderaan memenuhi piawaian keselamatan yang tertinggi.

 

 

 

chery

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam kenyataan itu, Chery menekankan komitmennya untuk memastikan keselamatan pelanggannya dan…
Berita Domestik
Sejak kejadian, pasukan khidmat pelanggan Chery telah berhubung rapat dengan pelanggan dan telah…
Berita Domestik
Pakej Extra Peace of Mind ini merangkumi penyelenggaraan penting bagi pemilik OMODA 5 dan TIGGO 8…