Rempuh pembahagi jalan, pemandu BMW i7 maut kereta terbakar di Lebuhraya DUKE

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari JSPT
Remaja lelaki maut selepas kereta elektrik mewah, BMW i7 dinaiki bersama teman wanita terbabit dalam kemalangan di Kilometer 6.6 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata kereta dipandu mangsa berusia 19 tahun itu dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan dalam kejadian 2.10 pagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa lelaki itu memandu dari arah Jalan Duta ke Plaza Tol Air Panas dan kenderaan hilang kawalan di tempat kejadian.

"Impak kemalangan menyebabkan kenderaan terbabit terbakar di tempat kejadian," katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi pada Isnin.

Menurutnya, pemandu terbabit disahkan maut di lokasi, manakala teman wanitanya berusia 19 tahun retak tulang pinggul dan dikejarkan ke hospital bagi rawatan lanjut.

"Akibat kemalangan, pemandu mengalami kecederaan di pinggul serta terbakar di bahagian kanan badan dan disahkan maut oleh pasukan perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) di tempat kejadian," katanya.

Katanya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Anuar Ali berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur…
Berita Domestik
Perkhidmatan eksklusif dengan BMW i7 itu akan dibuka secara eksklusif kepada penumpang Enrich…
Berita Global
Dengan adanya i7 Protection ia sekaligus menjadikannya sedan elektrik pertama di dunia yang…