Rasa mewah pandu ATTO 3 pada musim perayaan

oleh Hamimah Hamid|
SEMINGGU sebelum sambutan Hari Raya Aidil Fitri baru-baru ni, bos kami ada offer pandu uji kereta elektrik (EV) dari BYD.

Kami team dari utara antara yang teruja dan bersemangat nak cuba pandu uji, sebabnya nak tahu apa best nya model ATTO 3 yang ditawarkan untuk pandu uji ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Awalnya perancangan asal nak beraya di Pengkalan Chepa, Kelantan, tapi disebabkan risau memikirkan isu jarak perjalanan dan lokasi pengecasan, kami ubah plan beraya di Alor Setar, Kedah.

 

Model BYD Atto 3 yang kami gunakan adalah Extended Range dan kami mulakan perjalanan dari Ipoh, Perak pada waktu malam dengan kadar bateri 80 peratus.

 

Mod pemanduan yang digunakan adalah normal dengan kelajuan sekitar 80 ke 100 km/j ekoran lebuhraya yang sesak, ramai yang sudah mula balik untuk beraya.

 

Sepanjang perjalanan mata kerap pandang meter peratusan bateri, risau kemampuan Atto 3 sampai ke kampung sebab ini kali pertama kami pandu uji EV.

 

Sepanjang perjalanan juga penumpang sebelah asyik buka telefon mencari lokasi pengecasan.

 

Kami sampai di Pulau Pinang kira-kira pukul 12.30 tngah malam dengan bateri tinggal hanya 18 peratus.

 

Masa ni banyak lokasi pengecasan dah tutup, jadi kami ambil keputusan untuk teruskan perjalanan ke Alor Setar lm

 

Paling mengejutkan dengan bateri yang sangat sikit tu kami mampu sampai ke kampung yang berjarak 90 km dari Juru.

 

Masa di kampung Atto 3 ni sangat dapat perhatian bila kami ke mana-mana, orang asyik datang dekat nak tengok terutama rim dia yang cantik itu.

 

Jika waktu balik kampung kami pandu uji waktu malam, untuk balik semula ke Ipoh kami pandu uji waktu siang pula untuk tengok kehebatan EV ni waktu banyak kereta.

 

Waktu ni dah cekap cara nak cas bateri dan lokasi pengecasan semua dah mahir dengan bantuan aplikasi pengecasan EV yang kami muat turun.

 

Macam juga petrol dan diesel, EV pun ada banyak tempat cas dan kami ke lokasi-lokasi yang ada Charge EV, 

ParkEasy dan Go To U.

 

Untuk pengecasan laju kami pilih ParkEasy 180 kWh, ambil masa 50 minit untuk bateri penuh dan boleh sampai Ipoh tanpa perlu cas tambahan 

 

Jumlah kami bayar cas EV untuk sepuluh hari penggunaan BYD Atto 3 ini hanya RM272, memang sangat jimat.

 

Paling best bila kita berhenti di mana-mana je semua orang datang tegur "cantik nya kereta elektrik ni, best tak?".

 

Pada pendapat kami yang kali pertama pandu uji EV, memang sangat best! Hari raya kami kali ini rasa sangat mewah dan penuh bergaya 😍