PROMOSI HUJUNG MINGGU PEUGEOT - RUMAH TERBUKA SINAR RAYA

oleh Firdaus Razani|
PEUGEOT Malaysia menjemput orang ramai ke “Hujung Minggu Rumah Terbuka Sinar Raya” yang berlangsung pada 20 dan 21 April ini dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengunjung bakal menikmati rebat yang menakjubkan lebih RM8,000 dan berpeluang memenangi "ketupat" bertuah apabila memandu uji dan menempah PEUGEOT 2008, 3008 dan 5008 pada hujung minggu itu.

Tambahan itu, pengunjung boleh melihat lebih dekat PEUGEOT 408 serba baharu yang akan dilancarkan tidak lama lagi yang akan dipamerkan di pengedar yang mengambil bahagian.

Peminat boleh melihat pratonton serta mengetahui lebih lanjut tentang 408 sebelum pelancarannya dan membuat tempahan.

PEUGEOT 408 menampilkan bahagian luar yang direka bentuk semula sepenuhnya dengan pelbagai teknologi baharu dengan garisan siluet fastback yang membayangkan arah reka bentuk masa hadapan kenderaan PEUGEOT.

408 menjadi model yang pertama memakai logo PEUGEOT serba baharu jenama itu dan menampilkan tempat duduk ergonomik inovatif PEUGEOT yang diperakui oleh AGR Germany dengan fungsi urutan terbina dalam.

Semasa “Hujung Minggu Rumah Terbuka Sinar Raya”, pengunjung yang memandu dan memandu uji PEUGEOT 3008 dan 5008 akan layak mendapat “ketupat” bertuah dan berpeluang memenangi sehingga RM1,000* duit raya tambahan untuk tempahan.

PEUGEOT 2008, 3008 dan 5008 menawarkan bukan sahaja pengalaman pemanduan yang menggembirakan tetapi juga keselesaan, serba boleh dan tanpa kompromi.

Promosi Sinar Raya akan berlangsung sehingga 30 April di mana pelanggan akan terus menikmati rebat sehingga RM8,000 apabila mereka membuat tempahan untuk model PEUGEOT.

Untuk menambah ketenangan fikiran, semua kenderaan PEUGEOT baharu didatangkan dengan jaminan keseluruhan selama 7 tahun atau 200,000km.

Untuk maklumat lanjut mengenai Hujung Minggu Rumah Terbuka Sinar Raya, ikuti pengedar pilihan anda di Facebook atau layari www.peugeot.com.my untuk maklumat lanjut.