Polis saman pemandu ambulans bunyikan siren, pandu tergesa-gesa

oleh Penyumbang Rencana|
Polis Indonesia menyaman seorang pemandu ambulans kerana memandu secara melulu serta membunyikan siren walaupun tidak membawa pesakit, lapor laman berita Tribunnews.

Kejadian berlaku di Jalan Jeneral Sudirman, Kota Solo, wilayah Jawa Tengah pada Selasa minggu lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam video yang tular di media sosial, polis mengarahkan pemandu ambulans itu supaya berhenti selepas dia melanggar lampu isyarat merah.

Hasil pemeriksaan mendapati  pemandu tersebut tidak membawa pesakit meskipun membunyikan siren dan memandu secara tergesa-gesa.

Forum Ambulans Sukoharjo Bersatu (FAST)  yang merupakan pengendali ambulans itu mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya, pemandu terbabit mengaku dia ketika itu tidak berada dalam situasi kecemasan, namun tetap membunyikan siren dan melanggar peraturan lalu lintas.

Ujar FAST lagi, pihaknya telah menjalankan siasatan ke atas pemandu berkenaan dan mengingatkannya supaya mematuhi  peraturan penggunaan ambulans di jalan raya.

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, tindakan tiga lelaki berusia antara 52 hingga 54 tahun itu terbongkar melalui…
Berita Domestik
"Memang tindakan (u-turn lawan arus) itu tidak sepatutnya berlaku tetapi buat masa ini, kita faham…
Berita Domestik
Mungkin kisah yang terjadi pada seorang individu ini dapat menjadi pengajaran untuk bakal pembeli…